KKR Bangunkan Lebih Banyak Kemudahan Untuk Penunggang Motosikal

LocalCars
15 Apr 2025 • 6:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Lebih banyak kemudahan asas yang lebih selamat akan dibangunkan untuk penunggang motosikal di negara ini.

Itu kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi. Langkah itu diambil kerana ketika ini terdapat pelbagai risiko yang dihadapi penunggang motosikal terutama ketika mereka berhenti berteduh semasa hujan.

image is not available

"Pembinaan kemudahan ini penting supaya penunggang motosikal tidak lagi berhenti dan berteduh secara sembarangan di tepi jalan, bawah jambatan atau di lorong kecemasan.

image is not available

"Tindakan ini bukan sahaja berisiko, malah membahayakan nyawa kerana terdapat banyak kes penunggang motosikal dilanggar dari belakang, terutama ketika hujan lebat apabila pemandu kenderaan sukar melihat mereka dengan jelas.

"Oleh itu, usaha menyediakan kemudahan khas seperti tempat berteduh di lokasi lebih strategik perlu terus diperkasa melalui kerjasama antara kerajaan dan pihak industri," katanya

Beliau berkata, selain LLM, syarikat konsesi lain seperti PLUS turut bersama dalam merealisasikan pembinaan berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved