KKR Melaburkan RM1.8 Bilion Didalam Syarikat Kabel Dasar Laut Malaysia OMS Group

TechnologyDigital
30 Oct 2023 • 5:27 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Di Asia Tenggara, salah satu cara utama untuk rangkaian internet di sini disambungkan ke rangkaian internet rantau-rantau lain ialah melalui kabel dasar laut yang dibangunkan dengan kerjasama diantara syarikat-syarikat tertentu.

Malaysia sendiri mempunyai beberapa syarikat yang membekalkan sambungan ini, dan diantara yang terbesar ialah sebuah syarikat bernama OMS Group. Syarikat infrastruktur telekomunikasi ini ialah sebuah syarikat pembekal kelengkapan infrastruktur telekomunikasi, dan sebahagian daripada perniagaan mereka ialah untuk membekal dan memasang kabel gentian optik dasar lautan.

Terkini, ia telah dilaporkan bahawa KKR (Kohlberg Kravis Roberts & Co.), sebuah syarikat ekuiti swasta telah melaburkan wang sebanyak USD 400 juta (~RM1.9 bilion), didalam sebuah kenyataan yang dikeluarkan oleh kedua-dua buah syarikat ini.

image is not available

Menurut Reuters, pelaburan ini adalah sebahagian daripada pelaburan infrastruktur strategik yang dilakukan oleh KKR, juga kepada syarikat-syarikat seperti Singapore Telecommunications dan juga syarikat infrastruktur digital Pinnacle Towers yang berpengkalan di Filipina.

Pelaburan yang dilakukan kepada OMS Group ini dilihat adalah untuk mengembangkan lagi jumlah kapal dibawah syarikat tersebut, stesen pendaratan kabel dan juga jumlah laluan kabel dasar lautan yang boleh disambungkan ke rantau-rantau lain.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved