KL Bandar Ke-33 Terbaik Dunia 2022!

Travel
14 Jul 2022 • 5:59 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Kuala Lumpur disenaraikan sebagai bandar yang lebih baik berbanding beberapa bandar raya terkenal dunia seperti Dubai, Los Angeles dan Singapura.

image is not available

Penarafan itu dibuat oleh majalah Time Out yang menyenaraikan 53 bandar terbaik di dunia bagi 2022.

Dalam senarai itu, Kuala Lumpur menduduki tempat ke-33 bandar terbaik di dunia. Dubai, Los Angeles dan Singapura pula masing-masing berada di kedudukan ke-40, ke-42 dan ke-44.

Lapor Time Out, bandar Kuala Lumpur sememangnya terkenal dengan kepelbagaian jenis makanan. Malah, Kuala Lumpur juga menjadi salah satu daripada `syurga’ makanan di dunia.

image is not available

Menurut laporan tersebut, sebanyak 94 peratus responden indeks di Kuala Lumpur teruja dan menikmati makanan di bandar berkenaan.

Selain itu, keindahan pemandangan seni dan budaya di bandar berkenaan yang semakin berkembang sejak beberapa tahun lalu dan melonjak selepas pasca perintah berkurung, juga menjadi antara faktor disenaraikan pada kedudukan itu.

Tambahnya, sebanyak 77 peratus responden menggambarkan Kuala Lumpur sebagai bandar yang memiliki kepelbagaian etnik, budaya dan warisan sejarah.

image is not available

Sebanyak 62 peratus responden pula memuji semangat kemasyarakatan yang terdapat di bandar berkenaan.

Tinjauan dilakukan majalah itu berdasarkan pandangan hampir 20,000 penduduk bandar global.

Untuk menyenaraikan kedudukan tahun ini, rangkaian editor dan pakar global Time Out mengambil kira faktor seperti suasana, makanan, minuman, kehidupan malam, seni dan budaya serta semangat kemasyarakatan.

Sementara itu, Edinburgh di Scotland berada pada kedudukan teratas dalam senarai bandar terbaik dunia 2022.

Menurut laporan itu, Chicago di Amerika Syarikat (AS) menduduki tempat kedua manakala Medellin di Colombia di tangga ketiga dalam senarai berkenaan.