KL City yakin ‘aura’ Dollah 

LocalFootball
28 Jul 2026 • 5:57 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: KL City yakin ‘aura’ Dollah 

KUALA LUMPUR: Pertahanan tengah Kuala Lumpur City FC (KL City FC), Giancarlo Gallifuoco percaya ‘aura’ Datuk Dollah Salleh mampu membawa skuad Warga Kota ke arah lebih baik.

Gallifuoco berkata, legenda bola sepak Malaysia itu mempunyai pengalaman sebagai pemain dan telah membuktikan kewibawaannya ketika membimbing Pahang serta Harimau Malaya.

Dalam masa yang sama, Gallifuoco juga teruja kerana beliau akan berada dibawah kendalian jurulatih tempatan buat kali pertama sejak beraksi bersama KL City FC.

“Kita tahu betapa hebatnya beliau semasa bergelar pemain dan kita juga tahu betapa hebatnya beliau semasa menjadi jurulatih Pahang dan skuad kebangsaan.

“Sebelum ini saya berada di bawah bimbingan jurulatih asing. Ia sesuatu yang indah bekerjasama dengan seorang jurulatih tempatan yang dihormati sebagai pemain dan jurulatih.

“Saya cukup teruja, kita ada berbual beberapa kali. Beliau jenis orang yang peramah tetapi bila beliau bercakap, semua orang dengar,” katanya.

Dollah diumumkan sebagai jurulatih baharu KL City menggantikan, Risto Vidakovic dan beliau akan dibantu Ishak Kunju Mohamad dan Wan Mustaffa Wan Ismail sebagai penolong jurulatih. 

Sementara itu, Gallifuoco mengakui KL City bakal beroperasi dengan bajet yang lebih kecil berbanding pada musim lalu dan beliau melihat semua pemain perlu bekerja keras untuk mengulangi pencapaian lalu.

Pada masa sama, Gallifuoco turut melihat Dollah sebagai figura yang sesuai untuk memimpin pasukan Lembah Klang itu.

“Saya fikir pada tahun ini, kita akan bersaing dengan bajet yang lebih kecil. Ini satu musim di mana kita perlu kekal bekerjasama rapat dan bekerja keras.

“Dan saya fikir (Dollah) orang yang sempurna untuk tugas ini,” tambahnya. – UTUSAN

The post KL City yakin ‘aura’ Dollah  appeared first on Utusan Malaysia.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved