KL, enam daerah di Selangor diramal hujan lebat hingga 7 malam

9 Jun 2023 • 4:22 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

Oleh Azian Aziz

SHAH ALAM, 9 JUN : Enam daerah di Selangor dan seluruh Kuala Lumpur diramal berlaku hujan, ribut petir serta angin kencang hingga pukul 7 malam ini.

Jabatan Metereologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan enam daerah itu ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat.

Turut diramal mengalami cuaca sama ialah beberapa kawasan di Kedah, Perak, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sabah dan Sarawak.

Menurut agensi itu, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial dan memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved