KL, Gombak, Klang antara lokasi diramal hujan lebat hingga 6 petang

30 Sep 2024 • 4:15 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 30 SEPT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan daerah Kuala Selangor, Klang, Gombak dan Petaling dilanda hujan lebat hingga 6 petang.

Agensi itu memaklumkan keadaan sama dijangka melanda di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, selain beberapa kawasan di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

MetMalaysia memaklumkan di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

image is not available
Foto Facebook Malaysian Meteorological Department