KL Lumpuh, Banyak Jalan Dinaiki Air

LocalEnvironment
15 Oct 2024 • 1:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Gara-gara hujan lebat pagi tadi, beberapa jalan utama menuju ke ibu negara terhalang menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk.

Unit Media Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL berkatasebanyak 11 kawasan dinaiki air.

Antaranya, Jalan Pantai Baharu, Jalan Parlimen (Bulatan Dato’ Onn), Jalan Kinabalu, Jalan Maharajalela, Jalan Travers serta Jalan Damansara (bawah jejambat Semantan).

Turut terjejas, Jalan Ledang, Jalan Segambut, Jalan Genting Klang (berhadapan Shell), Jalan Genting Klang (berhadapan UTAR), Jalan Sultan Azlan Shah dan Jalan Sultan (Petaling Street).

image is not available

"Hujan lebat dan berterusan bermula jam 8.30 pagi menyebabkan berlaku limpahan dari sungai-sungai utama meliputi Sungai Batu, Sungai Klang dan Sungai Gombak.

"Kejadian tersebut berpunca daripada taburan hujan yang sangat tinggi iaitu melebihi 60 milimeter (mm) per jam, bacaan hujan di stesen hujan pusat bandar adalah melebihi 114 mm per jam," katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, para pengguna jalan raya dinasihatkan supaya berhati-hati apabila hendak melalui kawasan yang masih belum surut sepenuhnya.