KL Rovers tekad bangkit aksi kedua

LocalFootball
21 Nov 2024 • 11:51 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Aksi pemain pertahanan KL Rovers, Muhammad Amirul Ashraf Ariffin dan tonggak import JDT, Jorge Obergon semasa perlawanan Pusingan 16 Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim Iskandar Puteri pada Rabu. Foto Johor Southern Tigers

KUALA Lumpur Rovers (KL Rovers) tetap bangga apabila berjaya menyaingi skuad kedua Johor Darul Ta'zim (JDT) biarpun tewas 0-3 dalam perlawanan timbal balik pertama pusingan 16 Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Rabu.

Malah pengendali KL Rovers, Wan Mustaffa Wan Ismail menyifatkan, pemain kelab Liga Semi Pro A1 Malaysia itu telah memperagakan persembahan terpuji ketika berdepan Harimau Selatan bimbingan Hector Bidoglio itu.

Dan, Wan Mustaffa percaya Rovers berpangkalan di Kuala Lumpur itu mampu kembali bangkit menyaingi JDT dengan corak permainan lain dalam perlawanan timbal balik kedua.

"Syukur, Alhamdulilah pemain-pemain saya telah bermain sehabis baik dan mengikut segala perancangan dalam perlawanan hari ini biarpun kita kekurangan dari aspek persediaan dan latihan sebelum ini.

"Kita cuba bertahan di tengah, menyerang manakala bahagian pertahanan juga menampilkan satu persembahan membanggakan mengekang asakan-asakan hingga minit akhir permainan.

“Paling penting kita juga dapat mencipta beberapa peluang terbuka yang sekiranya disempurnakan berkemungkinan keputusan perlawanan akan berbeza. Tahniah kepada JDT. Apapun, kita masih yakin masih ada peluang dalam perlawanan kedua dan kita tekad bangkit dengan lebih bersemangat,” katanya selepas perlawanan.

Penyandang juara JDT menyingkap kempen Piala Malaysia dengan isyarat awal Harimau Selatan tekad mengekalkan sekali lagi kejuaraan berprestij itu di selatan tanah air biarpun tanpa kelibat

Arif Aiman Hanapi yang dikenakan penggantungan tiga perlawanan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) apabila Heberty Fernandes mengambil tanggungjawab sebagai pencetak hatrik dalam perlawanan tersebut.

Mengenai saingan diberikan skuad kedua JDT yang menurunkan Ahmad Asyar Hadi Mohd Shapri dan Daryl Sham KK George di pacu kapten Safiq Rahim dalam perlawanan tersebut, Wan Mustaffa mengakui daya saing ditampilkan skuad kedua Bidoglio tersebut menyamai skuad utama.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved