KL Wellness City lancar kempen raya Kembali Ke Nostalgia hingga 30 April 2024 di Bukit Jalil

18 Mar 2024 • 9:52 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

KL Wellness City lancar kempen raya Kembali Ke Nostalgia hingga 30 April 2024 di Bukit Jalil

zulfadli

18/03/2024 - 09:52

KUALA LUMPUR 18 Mac - KL Wellness City (KLWC) melancarkan kempen ekstravaganza raya 'Kembali Ke Nostalgia', yang berlangsung dari sekarang hingga 30 April 2024 di Galeri Pameran KL Wellness City di Bukit Jalil di sini.

KLWC memaklumkan, kempen itu bertujuan untuk menawarkan kepada rakyat Malaysia pengalaman yang memaparkan kepelbagaian budaya, hidangan kulinari dan hiburan menarik bersempena dengan sambutan raya.

Pengarah Penjenamaan, Jualan dan Pemasaran KLWC, Datuk Seri Dr Vincent Tiew berkata, pihakmya berasa besar hati melihat individu dari pelbagai lapisan masyarakat berkumpul untuk menyambut Hari Raya, yang mana sesungguhnya menjiwai dan memperlihatkan nilai-nilai yang dikongsi bersama.

Beliau berkata, kempen raya Kembali Ke Nostalgia bertujuan untuk menghargai keindahan kepelbagaian budaya, keutuhan perpaduan dan kemeriahan perayaan.

Di KL Wellness City katanya, pihaknya ingin membina sebuah komuniti yang tertumpu pada kehidupan lebih sejahtera dan menjaga satu sama lain, tempat yang mana kesihatan bukan sahaja menjadi matlamat, tetapi merupakan cara hidup.

"Inisiatif ini sejajar dengan misi KL Wellness City untuk memupuk perpaduan, kesejahteraan dan membina masyarakat yang serba maju.

"Berpandukan janji kami untuk mentakrifkan semula, mengukuhkan dan meluaskan pengalaman kesihatan dan kualiti kehidupan, kempen ini bermula pada Ramadan yang penuh bermakna menyerlahkan usaha kami untuk melibatkan dan memajukan masyarakat.

image is not available
KL Wellness City bersama kanak-kanak dari rumah anak yatim di hadapan 'Rumah Panggung' KL Wellness City.

"Kemuncak kempen akan dimeriahkan dengan pelbagai acara menarik yang diadakan sempena sambutan Hari Raya," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurut kenyataan itu, sebagai peneraju kesejahteraan dan penjagaan kesihatan, KL Wellness City ialah bandar kesejahteraan dan kesihatan yang pertama di Asia Tenggara untuk memupuk amalan gaya hidup yang disepadukan sepenuhnya dengan penjagaan kesihatan, menjadikannya sebuah wadah untuk mencergaskan badan dan mencerdaskan minda.

Katanya, dengan pelbagai entiti yang terdapat di bandar itu, termasuk kedai runcit dan suite perubatan, setiap kemudahan prasarana dirancang dengan teliti untuk mencapai prestasi yang cemerlang, sama ada secara individu mahupun secara kolektif sebagai sebahagian daripada ekosistem bersepadu masyarakat meliputi aspek penjagaan perubatan, penjagaan kesihatan, kesejahteraan dan kecergasan.

image is not available
KL Wellness City menyumbangkan RM8,000 kepada rumah-rumah anak yatim, Persatuan Kebajikan Rumah Victory Malaysia, Pertubuhan Kebajikan Nurhati, Rumah Kanak-kanak Angels KL dan Rumah Charis.

"Pelancaran sambutan Raya KL Wellness City menampilkan pelbagai aktiviti menarik, termasuk persembahan secara langsung oleh kumpulan busker 3PCS untuk memeriahkan suasana perayaan, pilihan istimewa hidangan Hari Raya yang menambat selera dan penuh cita rasa dan sebuah Stesen Siaran Langsung Hari Raya yang menjanjikan sesi interaktif, persembahan budaya dan aktiviti menarik yang mencerminkan kemeriahan Hari Raya.

Katanya, satu daya tarikan yang mesti dikunjungi ialah 'Rumah Panggung' yang boleh dijadikan latar belakang ideal untuk berkongsi keriangan dan kemanisan detik-detik sambutan Raya di media s/aaaaaaaaaaaaaeni pertukangan dan keindahan motif tradisional berwarna-warni yang melambangkan kekayaan warisan masyarakat Melayu," katanya.



Katanya, sempena kempen Kembali Ke Nostalgia dan Ramadan yang mulia, KL Wellness City akan menyumbangkan RM8,000 kepada rumah-rumah anak yatim, Persatuan Kebajikan Rumah Victory Malaysia, Pertubuhan Kebajikan Nurhati, Rumah Kanak-kanak Angels KL dan Rumah Charis.

Inisiatif bantuan kemasyarakatan ini membuktikan kesungguhan KL Wellness City membantu kanak-kanak kurang bernasib baik dan mencerminkan komitmen untuk menabur bakti kepada masyarakat, katanya.

"Orang ramai dijemput untuk menyertai Cabutan Bertuah Duit Raya KL Wellness City, yang menawarkan hadiah tunai antara RM1,000 hingga RM3,000. Di samping itu, dari 14 Mac hingga 30 April, hadiah percuma istimewa akan diberikan kepada para pengunjung, untuk membawakan keceriaan serta berkongsi rezeki dengan masyarakat," katanya.

Walaupun Kembali Ke Nostalgia akan diadakan selama sebulan, pastikan anda menandakan tanggal 18 April dalam kalendar anda untuk menghadiri Rumah Terbuka Istimewa KL Wellness City, yang menjanjikan pelbagai aktiviti perayaan yang menarik, makanan dan hiburan buat individu, keluarga dan rakan-rakan yang tidak dapat dilupakan bersama-sama. Sebarang maklumat lanjut, sila layari http://klwellnesscity.com- - DagangNews.com