Klang, Gombak antara empat daerah di Selangor diramal hujan lebat

18 Feb 2026 • 4:57 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 18 FEB: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang bagi empat daerah di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan empat negeri hingga 6 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan cuaca itu dijangka melanda Kedah (Kulim dan Bandar Baharu) dan Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama dan Kuala Kangsar).

Amaran itu turut membabitkan Selangor (Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat) dan Johor (Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru).

Di Sabah, kawasan terlibat ialah pedalaman (Tenom, Beaufort, Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Ranau), Tawau (Tawau) dan Sandakan (Tongod dan Telupid).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved