Klang, Kuala Langat, Sepang diramal hujan lebat hingga 1 tengah hari

17 Mar 2025 • 11:53 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 18 MAC: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Klang, Kuala Langat dan Sepang hingga 1 tengah hari.

Beberapa kawasan di Negeri Sembilan, Sarawak, Sabah dan Labuan dijangka alami keadaan sama.

Menurut MetMalaysia di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

image is not available