Klang, Meru dilanda banjir, jalan sesak teruk

16 Dec 2023 • 10:29 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR — Bandar Klang termasuk Padang Jawa, Meru, I-City, Sg Rasau telah dilanda banjir kilat susulan hujan lebat selama lebih sejam petang tadi.

Plus Malaysia Berhad (Plus) dalam hantaran di platform X turut menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati memandangkan banjir dilaporkan berlaku di Lebuh Raya Lembah Klang Baru (NKVE).

“Awan! Banjir di NKVE selepas keluar dan sebelum masuk plaza tol dari Bukit Raja. Semua lorong terhalang. Trafik tidak bergerak. Pandu berhati-hati. Harap maklum,’’ katanya.

image is not available
Keadaan laluan masuk ke kediaman seorang penduduk di Meru, Klang yang dinaiki air akibat hujan lebat petang ini. - Gambar Facebook Encik Panjang, 16 Disember, 2023

Sementara itu, netizen telah memuat naik di media sosial mereka akan gambar-gambar banjir serta memberikan maklumat terkini kepada orang ramai mengenai banjir di kawasan mereka.

Malah ada kebanyakan penduduk yang dalam perjalanan ke arah Klang terpaksa berpatah balik bagi mengelakkan kesesakan teruk.

“Bukit Raja tengah jem teruk, saya nak menghala ke Seksyen 7 pun tak lepas,’’ kata Faezah Hairudin.

Ada juga yang penduduk yang mula melahirkan kebimbangan dengan keadaan berkenaan dan takut jika situasi bertambah buruk. – 16 Disember, 2023