KLIA Dan KLIA 2 Kini Tukar Nama Menjadi Terminal 1 Dan Terminal 2

8 Jun 2023 • 12:11 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Pihak MAHB umumkan menerusi laman sosial rasmi

KLIA Dan KLIA 2 Kini Tukar Nama Menjadi Terminal 1 Dan Terminal 2. Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke Siew Fook baru-baru ini mengumumkan bahawa Kuala Lumpur International Airport atau yang lebih dikenali sebagai KLIA dan KLIA2 akan diubah namanya menjadi KLIA Terminal 1 dan KLIA Terminal 2.

Pengumuman ini telah dikongsikan oleh Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) melalui laman sosial rasmi mereka.

image is not available
KLIA Dan KLIA 2 Kini Tukar Nama Menjadi Terminal 1 Dan Terminal 2

Penggunaan nama Terminal juga adalah standard yang digunakan di lapangan terbang di seluruh dunia.

Menurut Anthony, penamaan semula ini telah diluluskan oleh Kabinet kerana ia dapat memperkukuhkan persaingan dengan lapangan terbang serantau.

Selain itu, penamaan semula ini juga dapat memberi nilai tambah dalam memasarkan perkhidmatan di lapangan terbang tersebut dengan lebih berkesan.

image is not available

Penggunaan nama Terminal juga adalah standard yang digunakan di lapangan terbang di seluruh dunia. Ia akan memudahkan pengguna dan pelancong luar negara untuk membezakan antara KLIA dan KLIA2 sebagai satu lapangan terbang yang sama dan dekat dengan nama Terminal 1 dan Terminal 2.

image is not available

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah: