KLIA Kini Dilengkapi Green Lane Untuk Penumpang Antarabangsa, Apa Itu Green Lane?

LocalTravel
26 Jan 2026 • 6:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Kuala Lumpur International Airport (KLIA) melancarkan sistem Green Lane untuk penumpang antarabangsa sebagai sebahagian daripada inisiatif mempertingkat aliran ketibaan dan mengurangkan kesesakan, khususnya di kawasan pengambilan bagasi.  

Untuk makluman, dua Green Lanes disediakan untuk penumpang yang tiada barangan untuk diisytiharkan dan membolehkan mereka terus ke Dewan Ketibaan tanpa perlu melalui pemeriksaan X-ray bagasi yang panjang.  

Sementara itu, satu Red Lane masih disediakan untuk penumpang yang membawa barangan wajib diisytiharkan dan perlu pemeriksaan kastam/duti.  

image is not available

Inisiatif ini dilaksanakan hasil kerjasama rapat Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Kawalan Sempadan (AKPS).  

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, langkah ini bukan sahaja meningkatkan kelancaran pergerakan penumpang, tetapi juga dijalankan tanpa menjejaskan keselamatan negara — pegawai masih boleh melakukan pemeriksaan secara rawak jika perlu.  

image is not available

"Green Lane kini sedang dilaksanakan sebagai projek perintis selama sebulan sehingga 26 Februari untuk menilai keberkesanan sebelum SOP dimuktamadkan. Sekiranya berjaya, konsep ini akan diperluaskan ke Terminal 2 serta lapangan terbang antarabangsa lain seperti di Penang, Kota Kinabalu dan Johor Bahru.

"Inisiatif ini sejajar dengan usaha memantapkan pengalaman pelancong sempena Visit Malaysia 2026 dan mengharapkan peningkatan aliran penumpang yang lebih efisien di pintu masuk antarabangsa negara," katanya.