KLIMS 2024: AION ES Kini Di M'sia, Harga Cuma Lebih RM100K

LocalCars
5 Dec 2024 • 3:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

WTC Automotif (M) Sdn Bhd (WTCA), selaku pengedar tunggal jenama kenderaan elektrik (EV) GAC AION melancarkan secara rasminya AION ES 2025 di KLIMS 2024, semalam.

Ia yang didatangkan dalam satu varian, ditawarkan pada harga RM106,800 sempena pelancarannya, pembeli akan menikmati pengecas wallbox 7 kW percuma bernilai RM3,500.

image is not available

Dari segi dimensi, Aion ES mempunyai ukuran dimensi 4,810 mm panjang, 1,880 mm lebar dan 1,545 mm tinggi manakala jarak roda pula, 2,750 mm.

image is not availableimage is not available

Menjengah bahagian luarannya, AION ES menggabungkan ciri sporty dan elegan kerana dilengkapi dengan lampu hadapan LED Flowing Arc, lampu belakang LED Laser Blade, roda aloi 17-inci, selain menawarkan ruang but seluas 450 liter.

image is not availableimage is not available

Menjengah bahagian kabinnya, ia nyata menawarkan ruang dan keselesaan yang mencukupi.

image is not available

Ia hadir dengan tempat duduk buatan kulit, ada kemasan sentuhan lembut, dan ciri premium seperti tombol gear jenis bulat kerusi boleh dilaraskan kepada enam arah dan cermin pandang belakang anti-silau

Terdapat juga paparan multi-info LCD 3.5-inci dan skrin sentuh 8-inci dengan Apple CarPlay. termasuk kawalan iklim automatik dwi-zon dengan penapis udara PM2.5, sistem kemasukan tanpa kunci dan sebenarnya ada lebih banyak ciri menarik.

Dari segi ciri keselamatan, AION ES didatangkan dengan Sistem Brek Anti Kunci, Kawalan Stabiliti, Kawalan Daki Buki, Brek Parkir Elektrik dengan Autohold dan Sistem Pemantau Tekanan Tayar.

Akhir sekali ialah mengenai trenkuasanya. Jentera ini dibangunkan berdasarkan Platform Elektrik AION (AEP) 2.0.

image is not available

Untuk itu, sedan ini mampu menawarkan perjalanan sejauh 376 kilometer.Ia dikuasakan oleh bateri litium fosfat berkapasiti 55.2 kWh 2.0, yang menawarkan pengecasan sehingga 6.6 kW AC (Jenis 2) dan sehingga 60 kW DC .

Ia digerakkan menerusi roda depan oleh sebuah motor elektrik dengan kuasa100 kW (134 HP).

Bagi yang berminat, ia ditawarkan dalam warna: Glamour Black, Holographic Silver dan Pure White.

Bagi menyakinkan pembeli, WTCA menawarkan jjaminan lapan-tahun/160,000 km diberikan, serta 8-tahun/200,000 km untuk bateri, motor dan ECU.