KLIMS 2024: Ini Dia HR-V Versi Elektrik, Honda e:N1

LocalTechnology
4 Dec 2024 • 5:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Honda Malaysia turut mendedahkan model Honda e:N1 di Kuala Lumpur International Mobility Show 2024, sebentar tadi.

Model pertama BEV ini bagaimanapun akan diperkenalkan selewat-lewatnya pada tahun depan untuk pasaran tempatan.

Kehadiran Honda e:N1 di KLIMS 2024 nyata sudah memberi bahang kerana ia nyata menawarkan pengalaman pemanduan yang cukup menyeronokkan.

Melihat luarannya, ia sebenarnya sama sahaja dengan model HR-V yang menggunakan petrol namun apa yang membezakan ialah pada gril.

image is not availableimage is not available

image is not available

Honda e:N1 didatangkan dengan gril jenis tutup manakala palam pengecasnya juga agak tersorok.

image is not available

Melihat bahagian kabin, ia didatangkan dengan skrin jenis tegak bersaiz 15.1 inci dan terdapat juga panel instrumen bersaiz 10.25 inci.

image is not availableimage is not available

Malah, e:N1 tidak didatangkan dengan tombol gear sebaliknya ia diganti dengan pemilih jenis butang.

image is not available

Difahamkan, model e:N1 ini dibangunkan berdasarkan platform e:N Architecture F. satu motor elektrik yang diletakkan di hadapan bagi memacu roda hadapan.

Ia yang disumbat dengan bateri berkapasiti 68.8 kWh dikatakan mampu bergerak sejauh 412 km.

image is not available

Menyentuh mengenai pengecasannya, pengecasannya boleh dibuat dengan sumber AC sehingga 11 kW (10-80% dalam masa enam jam) atau DC sehingga 78 kW (0-80% dalam masa 45 minit).

image is not available

Untuk itu, ia mampu menghamburkan kuasa setakat 204 PS (201 hp) dan tork 310 Nm dan boleh memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam masa 7.7 saat.