KLIMS 2024: Nissan Hyper Tourer Didedah, MPV Elektrik Untuk Generasi Masa Depan

LocalCars
6 Dec 2024 • 3:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) mengambil peluang untuk mempamerkan MPV futuristiknya, Nissan Hyper Tourer Concept di KLIMS 2024.

Kereta konsep ini memberi bayangan ia adalah sebuah minivan elektrik untuk generasi masa depan.

image is not availableimage is not available

Model konsep Hyper Tourer menggabungkan intipati omotenashi (keramahan Jepun) dengan pelbagai teknologi canggih, termasuk pemanduan autonomi.

Bermula dari depan, sisi dan belakang, ia sememangnya menampilkan penggayaan yang cukup futuristik dan unik.

image is not available

Ia hadir dengan panel badan yang licin dan garis tajam yang menunjukkan kecantikan tradisional Jepun.

Selain itu, fender hadapan ke belakang dilihat lebih tinggi bagi menghasilkan aerodinamik lebih baik.

Menjengah bahagian kabinnya, ia menawarkan empat duduk hadapan jenis boleh berpusing 360 darjah.

image is not availableimage is not available

Rekaan kerusinya dilihat cukup canggih kerana ia kelihatan seolah-olah terapung.

Malah, Hyper Tourer turut dilengkapi teknologi V2X yang mampu membekalkan keperluan elektrik pada bila-bila masa sahaja.

image is not available

Jika anda berminat untuk menyaksikan kereta konsep ini, kunjungi KLIMS 2024 yang sedang berlangsung di MITEC, Kuala Lumpur.