
Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) bakal kembali untuk edisi ke-11 dari 12 hingga 21 Jun 2026 di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) dengan tema ‘Beyond Mobility’.
Sebagai pameran automotif dan mobiliti terulung negara, KLIMS 2026 menyasarkan 300,000 pengunjung sepanjang 10 hari pameran, yang akan merangkumi lapan dewan pameran di MITEC Kuala Lumpur menjadikannya edisi terbesar dalam sejarah penganjuran acara ini.
KLIMS 2026 akan mempamerkan inovasi yang membentuk masa depan pengangkutan, daripada elektrifikasi dan tenaga alternatif hingga penyelesaian mobiliti pintar. Acara ini bukan sahaja menonjolkan kemajuan teknologi automotif, tetapi juga memperkukuh peranannya sebagai platform utama industri untuk kerjasama strategik dan keterlibatan pengguna.
Malaysia kini giat membangunkan ekosistem mobiliti rendah karbon, dipacu oleh inisiatif kerajaan dalam pengangkutan lestari, teknologi hijau, dan pendigitalan. KLIMS 2026 bakal menjadi pentas utama untuk memperlihatkan kemajuan ini serta memperkukuh peranan Malaysia sebagai hab serantau bagi mobiliti generasi baharu.
Dianjurkan oleh Malaysian Automotive Association (MAA) dengan kerjasama Qube Integrated Malaysia, serta Malaysia Automotive Robotics and IoT Institute (MARii) sebagai rakan strategik di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), KLIMS 2026 akan terus menyokong aspirasi Dasar Automotif Nasional (NAP) 2020.
“KLIMS 2024 mencatat lebih 183,000 pengunjung dan menampilkan lebih 70 jenama automotif dan mobiliti. Untuk KLIMS 2026 bertemakan ‘Beyond Mobility’, kami menjangkakan pameran yang lebih besar dan menarik, memperluas imaginasi rakyat terhadap inovasi dan kelestarian mobiliti,” kata Encik Mohd Shamsor bin Mohd Zain, Presiden MAA.
Encik Richard Teo, Pengerusi Eksekutif Qube Integrated Malaysia menambah, “KLIMS 2026 bukan sekadar pameran statik. Ia akan menjadi pengalaman menyeluruh dengan demonstrasi teknologi secara langsung, peluang jaringan industri, dan pameran interaktif merentasi lapan dewan — menjadikannya edisi paling berimpak setakat ini.”
KLIMS 2026 bakal menampilkan pelbagai inovasi terkini daripada jenama global dan tempatan sepanjang 10 hari pameran, dengan pelbagai aktiviti sampingan yang sesuai untuk semua lapisan pengunjung, termasuk:
- Pameran model diecast dan barangan edisi khas
- Perlumbaan e-sukan dan pandu uji berhalangan
- Perhimpunan kelab kereta dan trak makanan
- Persembahan langsung dan aktiviti komuniti
- Kemasukan percuma pada hari bekerja (tidak termasuk hujung minggu dan cuti umum)
Sebagai sebahagian daripada inisiatif tema ‘Beyond Mobility’, acara KLIMS Run 2026 turut akan dianjurkan.
Antara jenama yang telah mengesahkan penyertaan termasuk AION, Audi, BMW, BYD, DENZA, GAC, GWM, Honda, Hyundai, Jetour, Kia, Mazda, MG Motor, Nissan, Perodua, Proton, Proton e.MAS, smart, Toyota, Volkswagen, XPENG dan Zeekr, dengan lebih banyak jenama akan diumumkan menjelang tarikh pameran.
KLIMS 2026 turut disokong oleh Automotive Federation Malaysia (AFM), Motorcycle and Scooter Assemblers and Distributors Association of Malaysia (MASAAM), dan Malaysian Automotive Component Parts Manufacturers Association (MACPMA), serta disenaraikan sebagai acara rasmi dalam Tahun Melawat Malaysia 2026 (VMY 2026).
Maklumat lanjut boleh didapati di laman rasmi:
🌐 https://klims.com.my
Maklumat Acara:
Tarikh: 12 – 21 June 2026
Tempat: Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC)
Waktu Operasi:
10:00 pagi hingga 8:00 malam pada hari biasa.
10.00 pagi hingga 10.00 malam pada hujung minggu (Jumaat Hingga Ahad dan Cuti Umum)
Maklumat Tiket
Tiket boleh dibeli di www.klims.com.my
| No. | Kategori | Hari Biasa | Jumaat hingga Ahad dan Cuti Umum |
| 1. | Dewasa | Percuma | RM25.00 |
| 2. | Kanak-kanak (12 tahun dan kebawah) | Percuma | Percuma |
| 3. | Kanak-kanak (13 tahun hingga 17 tahun) | Percuma | RM10.00 |
| 4. | Pelajar Kolej/Universiti (sehingga umur 25 dan ID pelajar yang sah) | Percuma | RM10.00 |
The post KLIMS 2026: Pemangkin Masa Depan Mobiliti Malaysia appeared first on TW Media.
