Klinik desa, kuarters kesihatan terbakar

11 Sep 2026 • 8:02 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Klinik desa, kuarters kesihatan terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah bangunan klinik jenis kelas B bersama sebuah kuarters yang telah terbakar hampir 90 peratus. Foto: JBPM
Image from: Klinik desa, kuarters kesihatan terbakar
Perak Operasi pemadaman dikawal pada jam 4.50 pagi sebelum ditamatkan sepenuhnya pada jam 6.24 pagi. Foto: JBPM

LENGGONG - Sebuah Klinik Desa di Kampung Sumpitan di sini hampir musnah dalam kebakaran awal pagi Jumaat.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, kejadian dilaporkan pada jam 4.04 pagi sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lenggong dan Batu Kurau tiba di lokasi.

Menurutnya, setibanya anggota di lokasi, didapati kebakaran melibatkan sebuah bangunan klinik jenis kelas B bersama sebuah kuarters yang telah terbakar hampir 90 peratus.

"Sebuah kenderaan jenis Proton Preve turut terjejas kira-kira lima peratus dalam kejadian tersebut. Bagaimanapun, kebakaran ini tidak melibatkan sebarang mangsa.

"Operasi pemadaman dikawal pada jam 4.50 pagi sebelum ditamatkan sepenuhnya pada jam 6.24 pagi," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

**media[3643505]**

Beliau berkata, operasi melibatkan seramai 13 anggota dengan kekuatan dua jentera.

Katanya, pihak bomba menggunakan satu aliran hos bantu mula dan satu aliran sepanjang 200 kaki dengan dua pancutan air bagi memadamkan kebakaran, dengan sumber air diperoleh daripada jentera serta sumber terbuka berhampiran.

"Operasi turut dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi memastikan keadaan selamat," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved