Klinik Gig Bergerak di hab penghantaran bagi pemeriksaan kesihatan percuma: Ramanan

LocalPolitics
1 May 2026 • 12:39 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R. Ramanan hari ini mengumumkan inisiatif Klinik Gig Bergerak yang akan ditempatkan di lokasi strategik seperti hab penghantaran dan pusat bandar.

Menurut Ramanan, klinik itu bertujuan memudahkan urusan pendaftaran caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) serta memberikan akses kebajikan terus kepada pekerja ekonomi digital.

"Kad Pekerja Madani akan diperluas kepada pekerja gig berdaftar bagi membolehkan mereka mendapat pemeriksaan kesihatan percuma dan kaunseling mental terus di klinik bergerak tersebut," katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2026 di Unifi Arena, yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bertemakan ‘Pekerja Madani Kesuma Bangsa’, sambutan itu menghimpunkan lebih 15,000 warga kerja daripada sektor awam dan swasta dari seluruh negara.

Dalam ucapannya itu juga, Ramanan berkata Akademi Semikonduktor Kesuma (ASK) akan ditubuhkan bagi melatih bakat tempatan dalam bidang reka bentuk cip dan pembuatan Kecerdasan Buatan (AI), bertujuan memacu Malaysia sebagai negara berteknologi tinggi.

Beliau berkata, penubuhan akademi itu selaras dengan hala tuju Rancangan Malaysia ke-13 (RMK-13) dalam memacu Malaysia sebagai negara Kecerdasan Buatan (AI).

"Kita mahu label 'Made by Malaysia' terpampang pada litar bersepadu dan perisian AI di seluruh dunia.

“Bukan lagi sebagai pengguna teknologi, kita mahu jadi pencipta teknologi oleh itu Kesuma akan tubuhkan Akademi Semikonduktor Kesuma (ASK) bagi melatih bakat reka bentuk cip dan AI," katanya.

Dalam perkembangan sama, Ramanan turut memaklumkan, bermula Jun ini, Perkeso akan melaksanakan Skim Lindung 24 Jam yang memberikan perlindungan kepada 9.6 juta pencarum sepanjang masa, walaupun ketika di luar waktu bekerja.

Had Umur Skim Lindung Kasih untuk suri rumah juga akan dinaikkan kepada 55 ke 60 tahun yang akan memberi manfaat kepada lebih 720,000 wanita.

“Perkeso akan melaksanakan Skim Lindung 24 Jam. Ini bermakna 9.6 juta pencarum dilindungi sepanjang masa, bukan hanya semasa bekerja.

“Kalau kemalangan berlaku di luar waktu kerja pun, mereka tetap dilindungi,’’ katanya. - 1 Mei, 2026

The post Klinik Gig Bergerak di hab penghantaran bagi pemeriksaan kesihatan percuma: Ramanan appeared first on Scoop.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved