Klinik Gigi Di Pontian Diarah Tutup 30 Hari Lepas Kibarkan Jalur Gemilang Terbalik

LocalPolitics
21 Aug 2025 • 2:12 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Sebuah klinik pergigian swasta di Pusat Perdagangan Pontian diarahkan tutup selama 30 hari selepas tular mengibarkan Jalur Gemilang secara terbalik pada Rabu lalu.

Jalur Gemilang terbalik di Pontian

Memetik laporan daripada Sinar Harian, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pontian (MPPn), Abdul Azim Shamsuddin menyatakan notis penutupan telah diserahkan kepada klinik berkenaan sekitar jam 8.20 pagi, Khamis.

“Setiap premis yang dilesenkan atau tidak dilesenkan di bawah UUK ini diwajibkan mengibarkan Jalur Gemilang atau bendera negeri Johor dengan cara dan kaedah yang betul bagi tempoh tertentu termasuk sambutan Hari Kebangsaan.
“Tindakan penutupan ini dibuat mengikut UUK 49(2) yang memberi kuasa kepada Yang Dipertua untuk menutup mana-mana premis yang melanggar syarat lesen atau undang-undang kecil,” ujarnya.

image is not available

Klinik gigi pasang Jalur Gemilang di arah tutup sebulan

Menurut Abdul Azim, tindakan itu diambil selepas premis terbabit didapati melanggar Undang-Undang Kecil (UUK) Pelesenan Perniagaan dan Perdagangan MDP 2019.

Walau bagaimanapun, pemilik klinik masih boleh mengemukakan rayuan bertulis sepanjang tempoh penutupan dan keputusan lanjut akan ditentukan oleh Yang Dipertua MPPn.

Sementara itu, Pegawai Daerah Pontian, Kamalludin Jamal menzahirkan rasa kecewa apabila isu bendera terbalik kembali berulang, kali ini membabitkan premis pergigian.

“Kita terkejut dan tidak menyangka perkara ini akan berulang, apatah lagi melibatkan sebuah premis pergigian.
“Insiden ini amat mengecewakan pentadbiran daerah. Oleh itu, saya menyeru agar masyarakat lebih berhati-hati supaya perkara sebegini tidak lagi berulang,” katanya.

image is not available

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar memastikan Jalur Gemilang dan bendera Johor dipasang dengan sempurna serta tidak terbalik.

“Jika tidak pasti, mereka boleh merujuk kepada sumber melalui pelbagai kaedah termasuk media sosial atau mendapatkan panduan daripada pejabat daerah dan pihak berkuasa tempatan.”

image is not available

Terdahulu, tular di media sosial video berdurasi 33 saat yang menunjukkan Jalur Gemilang dipasang secara terbalik di tingkat dua bangunan klinik berkenaan.

Sumber: Sinar Harian (Nor Azura Md Amin)