Klinik Kesihatan Seksyen 7 Shah Alam ditutup sementara, rujuk empat fasiliti

18 Mar 2025 • 12:00 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 17 MAC: Klinik Kesihatan Seksyen 7 di sini ditutup sementara mulai 14 April hingga 6 Oktober bagi memberi laluan kepada kerja-kerja menaik taraf.

Pejabat Kesihatan Daerah Petaling menerusi Facebook memaklumkan perkhidmatan klinik berkenaan dipindahkan di beberapa fasiliti dan orang ramai boleh menghubungi 03-5518 6531 untuk maklumat lanjut.

Berikut lokasi fasiliti kesihatan dan perkhidmatan yang ditawarkan:

image is not available