Klinik tanam rambut Ronaldo disiasat

Football
4 Nov 2023 • 11:20 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Klinik transplan rambut yang dimiliki secara bersama oleh Cristiano Ronaldo dilaporkan sedang disiasat oleh pihak berkuasa berhubung isu cukai.

image is not available
Luis Diaz

KLINIK transplan rambut yang dimiliki secara bersama oleh Cristiano Ronaldo dilaporkan sedang disiasat oleh pihak berkuasa berhubung isu cukai.

Bintang Al-Nassr dan Portugal, Ronaldo - yang memperoleh pendapatan £173 juta setahun (RM1 bilion) telah mempelbagaikan pendapatannya dengan melabur dalam beberapa kepentingan perniagaan sepanjang kariernya.

Ronaldo memiliki klinik tersebut atas nama Insparya Group yang diasaskan Ronaldo dan teman wanitanya, Georgina Rodriguez dan sedang disiasat oleh The Tax Agency di Sepanyol.

Laporan itu mendakwa mereka telah membuka fail terhadap klinik pemindahan rambut selepas mereka mengeluarkan beberapa invois tanpa Cukai Nilai Tambah (VAT) kepada ratusan pelanggan antara 2019 dan 2021.

Penyiasat cukai telah memeriksa penyata bank, pembayaran tunai dan senarai pembayaran tanpa nama.

Fail untuk siasatan itu dibuka pada Februari 2022 dengan proses pendengaran bermula pada Mei 2023.

Klinik telah menyerahkan tanggungjawab ke atas proses itu kepada peguam tetapi menegaskan mereka telah menyediakan semua proses perundangan dan peraturan.


Klopp tak paksa Diaz

Dalam perkembangan berasingan, tonggak Liverpool, Luis Diaz akan memutuskan sama ada dia mahu beraksi pada perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Luton selepas penculikan ibu bapanya di Colombia, kata pengurus, Jurgen Klopp.

Ibu Diaz telah diselamatkan beberapa jam selepas penculikan di bandar utara Barrancas hujung minggu lalu tetapi bapanya Luis Manuel Diaz masih hilang.

Kerajaan Colombia pada Khamis menuduh kumpulan gerila ELN bertanggungjawab atas penculikan itu.

**media[2411512]**

ELN dan kerajaan presiden berhaluan kiri, Gustavo Petro sedang dalam rundingan damai dan gencatan senjata selama enam bulan yang berkuat kuasa pada Ogos.

Bagaimanapun, ELN atau Tentera Pembebasan Kebangsaan tidak mengaku bertanggungjawab atas penculikan itu.

Klopp berkata, pemain sayap berusia 26 tahun itu telah berlatih minggu ini sebelum perlawanan di Luton pada Isnin.

“Kita mesti tunggu. Jika dia rasa boleh bermain, dia akan berada di sini dan berlatih bersama kami.

“Sesi dia bersama kami, anda boleh lihat apabila dia bersama pemain lain dia ok, tetapi anda boleh lihat dia tidak banyak tidur.

“Kami perlu melihat keadaannya. Berita dari Colombia memberi kita sedikit harapan. Kami sedang menunggu berita yang sangat baik tetapi itu sahaja," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved