Klip Permainan GTA 6 Ditiriskan Sebagai Protes Terhadap Rockstar Games

Gaming
19 Aug 2026 • 2:07 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Klip Permainan GTA 6 Ditiriskan Sebagai Protes Terhadap Rockstar Games

Pagi ini klip video memaparkan klip permainan Grand Theft Auto 6 (GTA 6) telah ditiriskan ke media sosial oleh penggodam yang menggunakan nama Cyberleek. Dalam video tersebut, corak permainan GTA 6 yang lebih panjang akhirnya dapat dilihat.

Antaranya ialah tahap Wanted kini mencapai enam bintang berbanding lima sahaja dalam permainan terdahulu. Kereta pula mempunyai tahap minyak yang memerlukan ia diisi untuk terus dipandu. Ini tidak pernah disertakan dalam siri GTA tetapi wujud dalam permainan Mafia.

Image from: Klip Permainan GTA 6 Ditiriskan Sebagai Protes Terhadap Rockstar Games

Turut tertiris ialah beberapa peta kawasan yang boleh dimainkan bersama dengan konfigurasi garaj kereta di rumah watak utama Jason. Permainan mini seperti bola keranjang juga boleh diakses seperti yang wujud dalam GTA San Andreas. Tiada gambar diletakkan dalam laporan ini kerana pihak Rockstar Games menggunakan DMCA untuk memaksa video dan gambar tertiris dipadam sekiranya tidak ingin dikenakan tindakan guaman.

Cyberleek mengatakan video ditiriskan sebagai protes kepada Rockstar Games yang tidak menawarkan pembelian GTA 6 dalam bentuk cakera fizikal. Pratempahan menurut beliau sepatutnya adalah untuk pengeluar permainan mencetak lebih banyak cakera fizikal bagi memenuhi keperluan dan bukannya untuk permainan digital yang boleh dibeli tanpa had.

Rockstar Games turut diminta mengeluarkan permohonan maaf serta menyatakan komitmen untuk melakukan lebih baik di masa hadapan.

Klip yang tertiris ini besar kemungkinan ialah prebiu yang akan distrim menerusi Netflix pada jam 3 pagi 28 Ogos depan. Ianya eksklusif di Netflix selama 6 jam sebelum kemudian akan boleh ditonton menerusi YouTube. Permainan GTA VI pula boleh dimainkan bermula 19 November.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved