Klopp tetap dengan keputusan tinggalkan Liverpool

Football
6 May 2024 • 8:39 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Klopp. Foto EPA

JURULATIH Liverpool, Juergen Klopp mengulangi pendirian kekal dengan keputusannya untuk meninggalkan Anfield akhir musim ini.

Kejayaan menumpaskan Tottenham Hotspur 4-2 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Ahad tidak mampu mengubah fikirannya.

Biarpun kemenangan tersebut diraih dalam suasana yang cukup hebat, namun jawapan sama diberikan oleh jurulatih berusia 56 tahun itu.

“Tiada siapa memahaminya, saya cuba menjelaskannya. Saya tidak kata saya kurang gembira dengan atmosfera di stadium atau dengan cara kami beraksi.

“Saya fikir apabila bercakap mengenainya, kami bermain bola sepak dengan cara luar biasa, jadi ia bukan perbezaannya.

“Jadi ia tidak mempengaruhi keputusan saya,” ujar Klopp.

Dalam aksi itu, Liverpool meraih gol menerusi jaringan Mohamed Salah, Andy Robertson, Cody Gakpo dan Harvey Elliott, namun peluang untuk The Reds memburu kejuaraan liga adalah tipis.

The Reds ketinggalan lima mata di belakang pendahulu, Arsenal dengan baki dua lagi perlawanan.

Klopp turut menjelaskan mengenai pendekatan yang dilakukannya bagi meyakinkan penyokong Liverpool sejak dilantik pada 2015.

“Kelab ini sangat istimewa. Saya mengingatkan mereka betapa sangat membantu sekiranya mereka percaya dengan apa yang saya lakukan.

“Semua orang bersedia untuk bergerak bersama-sama. Itu yang kami buat selama lapan tahun," ujar Klopp yang akan membuat penampilan terakhir di Anfield apabila Liverpool menerima kunjungan Wolverhampton Wanderers pada 19 Mei.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved