Klopp turunkan 'skuad hingusan'

Football
28 Feb 2024 • 8:10 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Klopp mungkin sekali lagi menurunkan Jayden Danss (tengah) pada aksi pusingan kelima Piala FA menentang Southampton di Anfield, Khamis ini. Foto Agensi

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp mula pening kepala memikirkan taktikal terbaik menjelang pusingan kelima Piala FA menentang Southampton di laman sendiri Khamis ini.

Ini kerana sekurang-kurangnya sembilan pemain utama termasuk Alisson Becker dan Mohamed Saleh termasuk dalam senarai pemain yang cedera.

Malah, Ryan Gravenberch menambahkan lagi krisis kecederaan The Reds selepas dikasari pemain tengah Chelsea, Moises Caicedo semasa final Piala Liga Inggeris (EFL) di Wembley pada Ahad.

“Kami tiada skuad buat masa ini. Itu yang dapat saya katakan menjelang aksi Southampton.

“Tetapi, mahu tidak mahu saya mesti membentuk satu pasukan yang menyarung jersi Liverpool.

“Saya tiada pilihan untuk menurunkan budak-budak, maksud saya semua pemain akademi.

“Saya perlukan pemain yang fresh, jadi saya yakin pemain-pemain muda ini dapat melaksanakan tugas dengan baik nanti,” kata Klopp.

Dalam aksi final Piala EFL hujung minggu lalu, Klopp menurunkan ramai pemain muda susulan krisis kecederaan yang menyaksikan James McConnell dan Bobby Clark berusia 19 tahun; Jayden Danns, 18, dan Jarrel Quansah, 21, diberi peluang beraksi.

Sumbangan keempat-empat tonggak muda itu nyata bermakna dan Liverpool berjaya meledak gol tunggal perlawanan menerusi tandukan Virgil van Dijk pada minit ke-118 untuk menewaskan Chelsea 1-0.

Pemenang pusingan kelima mara ke suku akhir Piala FA dan ini memberi peluang kepada Liverpool meraih tiga trofi musim ini selepas EFL dan kemungkinan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved