Kluivert janji Indonesia bangkit berdepan Bahrain

Football
21 Mar 2025 • 10:10 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Penjaga gol naturalisasi Indonesia, Maarten Paes gagal menyelamatkan percubaan pemain tengah Australia, Jackson Irvine yang menerjah jaring pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 di Sydney. Foto AFP

KETUA Jurulatih Indonesia, Patrick Kluivert tetap yakin dengan kemampuan pemainnya untuk bangkit selepas dibelasah Australia dalam Kelayakan Piala Dunia 2026 di Sydney pada Khamis.

Pertembungan di Stadium Allianz itu menyaksikan Indonesia tumpas 1-5, namun Kluivert percaya kekalahan tersebut tidak membunuh semangat anak buahnya menjelang perlawanan menentang Bahrain di Jakarta pada Selasa ini.

Skuad Garuda perlu menumpaskan Bahrain untuk terus bersaing dalam Kumpulan C.

"Ia pasti akan menjadi satu lagi perlawanan yang sukar.

"Apa pun, kami perlu bersatu, mengembalikan semangat dalam pasukan dan cuba mendapatkan keputusan yang baik di tempat sendiri menentang Bahrain.

"Kami yakin kami boleh melakukannya," ujar Kluivert.

Pengalaman lalu membuktikan Indonesia mampu bangkit selepas kekalahan besar.

Selepas dibelasah Jepun 4-0 pada November lalu, Indonesia bangkit lima hari kemudian dengan menewaskan Arab Saudi 2-0.

Pendahulu Kumpulan C, Jepun menjadi pasukan pertama layak ke Piala Dunia selepas menewaskan Bahrain 2-0 di Saitama.

Jepun kini mendahului dengan 19 mata, diikuti Australia di tempat kedua dengan 10 mata, satu mata di hadapan Arab Saudi dan empat mata di hadapan Indonesia, Bahrain serta China.

Dua pasukan teratas akan terus ke Amerika Utara, manakala pasukan di tempat ketiga dan keempat dalam tiga kumpulan Asia perlu melalui pusingan kelayakan tambahan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved