KMJG pasarkan maklumat, inisiatif kerajaan

LocalPolitics
9 Aug 2025 • 10:03 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

SIPITANG: Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2025 menjadi medium memasarkan maklumat dan inisiatif terkini kerajaan, di samping menyantuni masyarakat.

Pengerusi Lembaga Koko Malaysia (LKM) Datuk Matbali Musah berkata, KMJG anjuran Jabatan Penerangan Malaysia (Japen) yang disertai oleh pelbagai agensi bukan sekadar program tahunan tetapi ianya juga menjadi wadah kepada kesemua agensi tersebut untuk menyampaikan maklumat sambil menyantuni rakyat dengan perkhidmatan yang diberikan.

“KMJG ini bukanlah sekadar acara tahunan semata-mata, ia menjadi platform kepada Jabatan Penerangan, agensi kerajaan negeri dan persekutuan serta GLC yang terlibat untuk menyantuni rakyat serta memasarkan maklumat dan memperkenalkan inisiatif dan dasar terkini kerajaan kepada khalayak.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Jika kita lihat, semangat patriotisme yang mereka bawakan adalah suatu sentimen nasional yang menekankan kepada aspek kesetiaan dan kecintaan yang mendalam kepada negara.

“Saya difahamkan Sipitang merupakan hentian ke-15 bagi konvoi ini, dalam laluan mereka menjelajah ke seluruh daerah, dengan membawa misi patriotik agar masyarakat terlibat secara langsung dalam sambutan Hari Kebangsaan Hari Malaysia (HKHM), selaras dengan tema sambutan tahun ini iaitu Malaysia Madani : Rakyat Disantuni,” katanya semasa merasmikan Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang Peringkat Daerah Sipitang di Dewan Terbuka Masjid Imam Haji Awang Hashim dekat sini, pada Jumaat.

Tambah beliau, tema tersebut amat sesuai untuk memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa menyemai perpaduan adalah tanggungjawab semua pihak.

KMJG 2025 yang diketuai Pengarah Penerangan Sabah Jainisah Mohd Noor masuk hari kelima dengan melalui perjalanan sejauh 314km, tujuh daerah dan 15 perhentian untuk sampai ke Sipitang.

View Original Article