"Know Know Got Fiancé" - Sharifah Amani Umum Bertunang

Entertainment
26 Jun 2022 • 2:56 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar Twitter Sharifah Amani

Pelakon terkenal yang juga merupakan bekas penghias muka depan TARA, Sharifah Amani hari ini telah mengumumkan bahawa dia kini sudah menjadi tunangan orang.

Berita gembira itu telah disampaikan menerusi akaun Twitter beserta gambar jari manisnya yang dihiasi cincin berlian.

"Tahu-tahu dah dapat tunang. Syukur alhamdulillah. Satu langkah lebih dekat. Sampai bila-bila," tulisnya dalam ciapan itu.

Namun begitu, pelakon filem Sepet ini belum mendedahkan siapakah gerangan tunangnya. Wajah jejaka itu juga telah ditutupi dengan tangannya.

Sebelum ini Amani pernah berkongsi beberapa foto jejaka berkenaan sewaktu Aidilfitri yang lalu sehingga membuatkan netizen tertanya-tanya siapakah lelaki itu di hatinya.

Rata-rata pengguna Twitter dan peminat Amani menzahirkan rasa gembira dan mengucapkan tahniah kepadanya di atas pertunangan ini.

Kami di Getaran juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan ucapan tahniah kepada Amani dan pasangan. Semoga Allah memudahkan segala urusan menuju hari bahagia. - Getaran, 26 Jun 2022