
Penyanyi yang popular dengan lagu Cinta Muka Buku, Najwa Latif mengesahkan dirinya sudah bergelar isteri kepada penyanyi, Akwa Arifin.
Perkara itu diumumkan Najwa sendiri menerusi satu perkongsian gambar di Instagram. Dapat dilihat pasangan mempelai itu memakai persalinan serba putih.
Meninjau ke ruangan komen, para pengikut mengucapkan tahniah di atas perkahwinan penyanyi yang kini menyandang jawatan pensyarah itu.
Rata-ratanya meluahkan rasa teruja melihat pasangan ini akhirnya ke jinjang pelamin. Iyalah Najwa dan Akwa sebelum ni bagi ‘hint’ je yang mereka bercinta.

Pasangan ini ada lagu popular bersama iaitu Tak Kisah Pun yang meraih sehingga 7 juta tontonan di Youtube.
Kredit: Najwa Latif
The post “Know-Know Kahwin” – Najwa Latif Sah Jadi Isteri Akwa Arifin appeared first on Oh! Media.

