“Ko Memang Fighter” – Lelaki Berjaya Rampas Semula Sunglasses Dari Monyet Raih Pujian Ramai

22 Sep 2025 • 5:44 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu

“Bila dekat dengan monyet hati-hati. Nanti dia curi barang korang”. Mesti anda pernah dengar nasihat ini kan?

Hakikatnya, monyet memang haiwan yang amat penuh sifat ingin tahu dan gemar merampas barang sedang dipegang oleh seseorang.

Apatah lagi kalau bungkusan makanan atau minuman, laju je tangan dia mencuri!

Monyet ‘Curi’ Cermin Mata Hitam Diletakkan Di Atas Kepala Wanita

Biasanya bila barang dah diambil oleh monyet, ramai yang akan reda sahaja. Nak ambil balik takut kena serang pula.

Namun lain bagi seorang lelaki apabila dia bertindak pantas untuk merampas semula barangan seseorang yang dicuri oleh seekor monyet.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok (@ekspedisisufi78), kelihatan monyet tersebut telah mengambil cermin mata hitam yang diletakkan di atas kepala seorang wanita.

Ketika kejadian, wanita itu sedang menaiki tangga berhampiran haiwan tersebut. Setelah mengambil cermin mata hitam berkenaan, monyet tadi mencium dan menggigit bingkainya.

Lelaki Berjaya Rampas Semula Cermin Mata Hitam Dari Monyet

Melihat keadaan itu, seorang lelaki berbaju kuning yang berada di belakang wanita itu terkesima sehingga menggaru kepala! Mungkin tengah susun strategi nak dapatkan balik cermin mata hitam berkenaan.

Tapi tak sampai 10 saat kemudian, lelaki itu segera merampas semula cermin mata hitam itu ketika si monyet sedang ralit bermain dengannya.

Haiwan itu kelihatan amat terkejut dan memarahi lelaki itu, namun tidak pula sehingga mengejarnya.

Apa yang lebih kelakar lagi, seorang lelaki yang berada di belakang mereka segera menyimpan cermin mata hitam yang turut diletakkan di atas kepala setelah menyaksikan kejadian itu.

@ekspedisisufi78

Ingat dia dah cukup hebat, ada lagi pantas dari dia. Baru tau!

♬ son original – Street Humor🤣

Tonton video penuh [DI SINI].

Ramai Puji Lelaki Berjaya Rampas Barang Dari Monyet

Video yang memaparkan aksi berani lelaki itu telah tular sehingga mencecah 2.9 juta tontonan dengan lebih 104 ribu tanda suka.

Menjenguk ke ruangan komen, orang ramai memuji keberanian lelaki itu kerana berjaya merampas kembali barang dari seekor monyet.

“Ko memang fighter bang. Bukan kaleng-kaleng dapat rampas balik dari Sun Wukong ni. Salute habis bang,” kata seorang pengguna media sosial.

“Abang ni mesti fikir kalau tak ambil ni kena beli baru untuk bini,” seloroh seorang lagi.

Namun difahamkan bahawa lelaki itu bukanlah suami kepada wanita terbabit, tetapi merupakan pemandu pelancong.

Mereka turut berjenaka bahawa monyet itu pasti terkejut kerana ada tangan yang lebih laju berbanding dirinya.

“Rasa kemenangan manusia atas rebutan spek. Selalu dia je menang,” kata seorang individu.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available
Sumber: TikTok

Tips Jika Berdepan Dengan Monyet

Dalam kes yang lebih serius, ada sesetengah monyet yang akan mengejar mana-mana individu yang berjalan menghampirinya.

Jika anda melancong ke tempat yang terkenal dengan populasi monyetnya, ambil langkah berjaga-jaga seperti berikut untuk elak dikejar:

  • Pegang apa-apa barang di tangan untuk tunjuk kepada monyet bahawa anda tidak takut.
  • Undur ke belakang secara perlahan sambil memandang tepat kepada kelakuan sang monyet. Namun elakkan memandang matanya kerana dikatakan monyet akan berasa lebih terancam dan akan menyerang.
  • Angkat barang yang dipegang pada tangan seolah-olah mahu ‘mengacah’ dan menakutkan monyet liar.
  • Jangan alihkan pandangan dari monyet itu selagi mana anda masih tidak berada di kawasan selamat. 

Selain itu, pastikan juga anda tidak membawa sebarang bungkusan makanan atau minuman ketika melalui kawasan yang sering terdapat monyet untuk mengelakkan diri daripada menjadi sasaran.

Elakkan juga daripada berlari apabila terserempak dengan monyet kerana ini boleh menyebabkan mereka terus mengejar anda. Jangan lakukan sebarang provokasi atau menyakiti monyet juga kerana risau lebih ramai rakan sekumpulannya yang akan menyerang anda pula.

View Original Article