15 murid Sekolah Agama Taman Mawar muntah, sesak nafas

20 Jun 2019 • 7:10 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

PASIR GUDANG - Seramai 15 murid dari Sekolah Agama Taman Mawar di sini dikesan mengalami simptom muntah dan sesak nafas dipercayai akibat pencemaran udara di kawasan berkenaan, hari ini.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang, Timbalan Penguasa Bomba Ibrahim Omar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 3.39 petang.

"Setibanya di lokasi kejadian, didapati benar berlaku pencemaran udara yang mana ketika itu terdapat 15 pelajar yang menunjukkan simptom muntah dan sesak nafas.

"Pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Pasir Gudang kemudiannya turut menghantar lima pelajar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ibrahim berkata, proses nyahcemar (decontamination) kini sedang dilakukan dan pasukan EMRS serta Unit Bahan Berbahaya Hazmat dari Balai Bomba Johor Bahru untuk membantu," katanya.


View Original Article