Kocek Dilancarkan Di Pos Malaysia – Khidmat Pertukaran Duit Syiling Dengan Mudah Dan Pantas

TechnologyDigital
17 Oct 2023 • 6:17 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pertama Digital merupakan salah satu syarikat yang menawarkan beberapa perkhidmatan untuk pengguna Malaysia, termasuk MyPay yang memudahkan urusan melibatkan kerajaan, serta e-Jamin. Terbaru, mereka turut hadir dengan perkhidmatan pertukaran syiling, dinamakan Kocek.

image is not available

Kocek sebelum ini ditawarkan terhad di beberapa lokasi, tetapi hari ini mereka mengumumkan kerjasama dengan Pos Malaysia – sekaligus memudahkan lagi pengguna yang ingin melakukan pertukaran syiling. 

Mengikut perkongsian, ia dianggarkan sekitar 30% syiling (atau 200 juta keping syiling) yang dikeluarkan Bank Negara Malaysia tidak dikembalikan untuk pengedaran semula setiap tahun, dimana ia disimpan di rumah, balang dan laci, serta tidak digunakan. Dengan adanya inisiatif Kocek ini, ia memudahkan pengguna dalam memulangkan kembali syiling, dan mendapatkan nilai tunai digital dipindahkan ke akaun bank mereka.

image is not available

Kocek sebelum ini merupakan sebahagian daripada MyPay, dan dikenali dengan MyPay Coin Conversion. Selain mengambil syiling daripada pengguna, Kocek juga menyediakan perkhidmatan pembelian syiling oleh perniagaan dan pedagang.

Melalui pelancaran hari ini bersama Pos Malaysia, Kocek boleh didapati di empat lokasi di Lembah Klang, dan akan diperluaskan kepada kira-kira 30 cawangan menjelang akhir tahun 2023.

Kocek kini beroperasi di tiga lokasi utama di Lembah Klang, termasuk Subang Parade, Berjaya Times Square dan NSK Trade City di Kuchai Lama, selain daripada empat cawangan Pos Malaysia, iaitu Pejabat Pos Besar Kuala Lumpur, Pejabat Pos Besar Shah Alam, Pejabat Pos Kajang 2020 dan Pejabat Pos Bandar Baru Bangi.