Kod Nama Android 17 Ialah Cinnamon Bun

Technology
11 Aug 2025 • 8:20 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Secara rasminya Google hanya menggunakan nombor untuk nama Android sejak Android 10. Android 9 Pie ialah kali terakhir sistem operasi ini diberikan nama secara rasmi yang dipadankan dengan nama pencuci mulut. Tetapi di Google, penggunaannya masih diteruskan dan untuk Android 17 ia diberi nama kod Cinnamon Bun menurut laporan Android Authority.

image is not available

Pembangunan Android 17 telah dimulakan sejurus selepas pembangunan Android 16 usai pada bulan lalu. Setakat ini Samsung Galaxy Z Fold7 dan siri Z Flip7 ialah tiga peranti pertama dilancarkan dengan Android 16 dan ini akan diikuti pula oleh siri Pixel 10 beberapa minggu sahaja lagi.

Bagi yang tertanya-tanya, nama kod dalaman untuk Android 16 ialah Baklava, Android 15 ialah Vanilla Ice Cream dan Android 16 ialah Upside Down Cake. Tidak seperti Apple, Google masih mengekalkan nombor versi berturutan dan tidak melangkau terus ke angka 26 mengikut tahun sistem operasi digunakan oleh semua.

View Original Article