Kod QR Terkecil Di Dunia Berukuran 1.98 Mikrometer Persegi – Hanya Boleh Dibaca Mikroskop Elektron

Technology
19 Feb 2026 • 4:39 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kod QR ataupun Quick Response merupakan sistem kod imbasan yang boleh digunakan untuk menyimpan dan mengkases butiran digital secara cepat dan mudah. Semua peranti pintar sekarang dilihat mempunyai kebolehan untuk mengimbas kod QR secara terus, dan ia adalah satu fungsi yang sangat berguna.

image is not available

Akan tetapi tahukah anda bahawa kod QR juga boleh dihasilkan pada saiz yang tersangat kecil, sehingga ia tidak boleh dilihat dengan mata kasar? Itulah apa yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik dari Vienna University of Technology dan syarikat pembangun storan alternatif Cerabyte yang telah menghasilkan sebuah kod QR dengan saiz sekecil 1.98 mikrometer persegi yang telah disenaraikan sebagai kod QR paling kecil di dunia oleh Guiness Book of Records.

Kod QR ini hadir dengan piksel sekecil 49nm dan hanya boleh dibaca dan diimbas menggunakan mikroskop elektron. Lebih hebat lagi, walaupun kod QR ini sebesar kuman sahaja, ia masih boleh mengekalkan sifat dan rekaan kod tersebut, membolehkannya diimbas berkali-kali tanpa menghadapi isu degradasi.

Dengan ini, ia dilihat bahawa syarikat-syarikat pengeluar storan seperti Cerabyte boleh memanfaatkan teknologi imbasan QR didalam produk-produk storan kaca mereka, khususnya apabila kod kecil ini boleh bertahan untuk imbasan berkali, dan storan kaca dilihat mempunyai jangka hayat yang sangat panjang sekali.

View Original Article