Kodak Charmera Ialah Kamera Mini Dengan Rekaan Retro

TechnologyDigital
11 Sep 2025 • 11:56 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Melihat kepada tajuk, mungkin anda sudah boleh membayangkan saiznya. Kodak Charmera ialah kamera digital mini yang direka dalam bentuk rantai kunci. Dengan berat hanya 30g dan diameter 2.3×1×0.8 inci, ia cukup kecil untuk digantung pada beg atau tali pinggang menggunakan klip yang disediakan.

image is not available

Namun, jangan tersilap sangka kerana iai bukan sekadar alat hiasan. Charmera ialah kamera sebenar yang mampu merakam gambar pegun dengan resolusi 1.3MP serta video pada kadar 30 bingkai sesaat dalam format AVI. Menariknya, kamera ini turut dilengkapi dengan skrin LCD kecil di bahagian belakang untuk memudahkan pratonton gambar. Bagi mengekalkan sentuhan klasik, ia juga hadir dengan pemidang tilik optik yang menyerupai pengalaman menggunakan kamera lama.

image is not available

Kamera ini menggunakan sensor asas bersaiz 1/4 inci dan menyokong rakaman dalam resolusi 1440×108 piksel. Bagi menambah elemen keseronokan, pengguna turut boleh memilih daripada tujuh jenis penuras yang tersedia. Penuras ini membolehkan gambar diubah menjadi hitam-putih, diberi tona hangat atau sejuk, atau dijadikan imej dua tona yang menyerupai gaya poster retro.

image is not available

Selain menawarkan empat pilihan bingkai yang boleh ditambah pada gambar, Kodak Charmera turut menyediakan fungsi setem tarikh yang boleh diletakkan di sudut imej sebagai penanda masa rakaman. Kamera ini dilengkapi dengan bateri terbina dalam yang boleh dicas semula melalui sambungan USB-C. Semua gambar dan video yang dirakam boleh disimpan ke dalam kad microSD.

image is not available

Kamera Kodak Charmera dibina sepenuhnya daripada bahan plastik. Ia ditawarkan dalam tujuh warna berbeza yang menarik, namun pembeli tidak dapat memilih warna pilihan mereka kerana kamera ini dijual dalam bentuk kotak misteri atau blind box.  Kodak Charmera ini boleh didapati pada sekitar $30 (~RM126) untuk setiap kotak.

View Original Article