Kodak Dijangka Meningkatkan Harga Jualan Filem Gambar Sehingga 40%

TechnologyDigital
12 Jan 2023 • 11:48 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kodak merupakan salah satu jenama yang masih menjual filem – yang mana digunakan pada kamera dalam merakamkan gambar secara analog. Walaupun penggunaannya semakin berkurangan dengan peralihan ke arena digital, namun masih terdapat sejumlah kecil jurugambar yang mengemarkan penggunaan filem dalam rakaman gambar.

Mengikut laporan terbaru, Kodak dikatakan merancang untuk meningkatkan harga jualan pelbagai variasi filem dibawah pengeluaran mereka – sehingga 40%.

Perubahan harga ini dijangka berkuat-kuasa sekitar suku pertama 2023 ini.

Buat masa ini, ia tidak diketahui sama ada kenaikkan harga ini akan memberikan impak pada peringkat global atau hanya di beberapa buah negara sahaja.

Dengan permintaan yang rendah, kos pengeluaran juga meningkat membuatkan para pengguna yang masih menggunakannya terpaksa serap kos berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved