Kodak Printomatic+ Dilancarkan Sebagai Kamera Segera Dengan Pencetak Terbina

TechnologyDigital
15 Jan 2026 • 2:43 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Kodak Printomatic+ ialah kamera cetak segera baharu keluaran C+A Global iaitu pemegang lesen rasmi jenama Kodak di Amerika Utara. Kamera ini direka bagi memudahkan pengguna merakam dan mencetak gambar menggunakan satu peranti sahaja. Dengan kata lain, konsepnya serupa dengan beberapa kamera Instax yang popular tetapi hadir dengan ciri tersendiri yang lebih ringkas.

image is not available

Kodak Printomatic+ mempunyai sensor 10-Megapiksel dan pencetak foto Zink terbina dalam. Kamera ini boleh merakam dan mencetak gambar secara automatik sebaik sahaja butang pengatup ditekan. Selain itu, foto yang diambil juga boleh disimpan dalam kad microSD untuk kegunaan digital.

image is not available

Kamera ini turut dilengkapi dengan lensa fokus tetap 3.57mm (f/2.8) bersama LED flash automatik. Ciri ini membolehkan pengguna merakam gambar dengan jelas dalam pelbagai keadaan pencahayaan sama ada pada waktu siang atau malam. Selain daripada itu, lampu LED berwarna yang terletak di sekeliling butang pengatup berfungsi sebagai penunjuk status kamera.

image is not available

Pencetak terbina Kodak Printomatic+ menggunakan teknologi kertas foto Zink yang memanfaatkan haba tinggi untuk menghasilkan cetakan berwarna. Setiap foto bersaiz 2 x 3 inci dapat dicetak dengan pantas dalam satu proses dan hasilnya tahan calar, tidak mudah koyak dan kalis air.