Kolaborasi Aksesori Komputer ASUS x Hatsune Miku Akan Tiba Awal Julai Ini Dengan Harga RM1199

TechnologyDigital
26 Jun 2025 • 4:51 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pada awal bulan lepas, kami telah melaporkan bahawa ASUS Malaysia akan membawa masuk sejumlah siri aksesori PC gaming yang bertemakan watak idola digital Hatsune Miku ke pasaran tempatan. Produk-produk ini termasuklah papan kekunci, tetikus, pad tetikus dan sebagainya.

image is not available

Nampaknya tanda harga untuk produk-produk ini juga telah tertiris melalui salah satu pengedar produk IT tempatan, dan kita dapat memperlihatkan penawarannya sedikit lebih awal. Produk-produk yang akan dibawa masuk termasuklah papan kekunci ASUS TUF Gaming K3 Gen II Hatsune Miku Edition, tetikus ASUS TUF Gaming Mini Wireless Mouse Hatsune Miku Edition, pad tetikus ASUS TUF Gaming P1 Hatsune Miku Edition dan fon kepala ASUS TUF Gaming H1 Gen II Hatsune Miku Edition.

Mereka yang berminat untuk membeli aksesori-aksesori ini mempunyai dua pilihan, iaitu membeli keempat-empat aksesori ini sekaligus, ataupun membeli aksesori-aksesori ini secara berasingan. Tanda harga untuk kedua-dua pilihan ini adalah seperti berikut:

  • Berkas ASUS x Hatsune Miku (keempat-empat aksesori) – RM1199
  • ASUS TUF Gaming K3 Gen II Hatsune Miku Edition – RM468
  • ASUS TUF Gaming Mini Wireless Mouse Hatsune Miku Edition – RM398
  • ASUS TUF Gaming P1 Hatsune Miku Edition – RM288
  • ASUS TUF Gaming H1 Gen II Hatsune Miku Edition – RM88

Kami juga sedar bahawa terdapat beberapa kedai yang telah membuka pra-tempahan untuk aksesori-aksesori ini, dan ia akan mula dijual di pasaran tempatan pada bulan Julai ini.