IKEA, jenama perabot terkemuka dari Sweden kini tidak asing lagi dengan pengumuman kolaborasi bersama-sama syarikat-syarikat teknologi. Pada bulan Ogos tahun ini, mereka telah mengumumkan satu lagi kolaborasi produk bersama syarikat teknologi Microsoft untuk memperkenalkan sub-jenama “YXSTABY“, yang kini nampaknya sudahpun memasuki pasaran tempatan.

Kerjasama antara IKEA dan Microsoft ini membawa pengalaman yang mendalam daripada kedua-dua pihak, dimana IKEA memperkenalkan kepakaran mereka dalam merekacipta perabot yang selesa digunakan, manakala Microsoft pula cukup memahami keperluan gamer dan apakah yang dimahukan dalam perabot-perabot mereka.


Lapan produk IKEA YXSTABY dapat diperlihatkan melalui laman web IKEA Malaysia, termasuklah:
- YXSTABY kusyen D-pad – RM59
- YXSTABY tapak monitor – RM99
- YXSTABY tapak laptop – RM99
- YXSTABY kotak simpanan alat kawalan – RM99
- YXSTABY bangku kayuria – RM169
- YXSTABY meja TV – RM399
- YXSTABY kerusi santai – RM399
- YXSTABY meja tepi – RM499


Kesemua perabot-perabot YXSTABY ini sudahpun mula ditawarkan melalui laman web IKEA Malaysia dan juga gedung-gedung fizikal. Penghantaran ke lokasi-lokasi di Sabah dan Sarawak akan bermula pada 27 November ini.
Sumber: IKEA Malaysia





