Kolaborasi penuh emosi dua negara

EntertainmentMusic
20 Jun 2025 • 11:29 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Mohd Nazllie Zainul

DUA suara luar biasa dari dua negara Ernie Zakri dan Anggi Marito berkolaborasi menerusi single istimewa terbaharu berjudul Kisah Penuh Kecewa.

Menariknya lagu hasil ciptaan bersama Clara Riva, Ernie Zakri, Anggi Marito dan S/EEK ini adalah sebuah karya ‘power ballad’ yang menyelami luka hati akibat cinta yang tidak kesampaian namun tetap membawa mesej kekuatan dan ketabahan di sebaliknya.

Menggabungkan kekuatan vokal dan emosi mendalam daripada kedua-dua penyanyi hebat itu lagu Kisah Penuh Kecewa dilihat mampu menyentuh hati pendengar di Malaysia dan Indonesia serta peminat muzik serantau yang menghargai karya-karya bernuansa balada.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Ernie yang juga pemenang vokal terbaik Anugerah Juara Lagu Ke-39 (AJL 39) berkata lagu berkenaan menceritakan kisah cinta yang berakhir bukan kerana tiada rasa tetapi kerana salah seorang pasangan sudah memilih untuk tidak bersama lagi.