Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sebulan sahaja dari sekarang, penganut beragama Hindu dan masyarakat India sekali lagi akan meraikan perayaan penuh warna-warni, Deepavali. Nama pun perayaan, mesti la ramai yang tengah hunting baju-baju Diwali yang meriah dan dalam masa sama berpatutan kan?
Bersempena Deepavali 2026, pasaraya Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) akan menyantuni 15 rumah kebajikan terpilih di seluruh negara menerusi kempen “A Brighter Deepavali” dengan kerjasama Makkal Osai, Raaga dan Minnal FM.


Kolam Berputar Pertama di Malaysia
Istimewanya kali ini, pengunjung bukan sahaja boleh mencuci mata membeli barangan dan pakaian, malah boleh menyaksikan hiasan Kolam bergerak pertama di Malaysia. Ya, bukan seperti hiasan statik yang korang selalu nampak di pusat membel-belah itu.
Kolam Berputar di cawangan MYDIN S2 ini merupakan sebuah inovasi unik yang mengangkat seni tradisional Kolam ke satu dimensi baharu sempena sambutan Deepavali.

Berbeza daripada Kolam konvensional, karya ini direka dalam struktur berbentuk roda yang boleh berputar, menampilkan gabungan warna-warna terang, corak geometri yang tersusun serta elemen visual yang dinamik.
Inovasi ini menggabungkan warisan dengan gabungan elemen daripada pemilihan warna, bentuk hingga susunan corak dirancang bagi menyerlahkan keindahan seni tradisional India dalam interpretasi yang lebih moden.
Terletak di MYDIN Seremban 2, pengunjung boleh bergambar dengan kolam tersebut bermula semalam (8 Oktober) hingga 30 Oktober 2026.

Antara Yang Boleh Dinantikan Di Bombay Bazaar, MYDIN S2
Selain kolam, pengunjung juga boleh singgah Bombay Bazaar yang dianjurkan secara besar-besaran di aras G, MYDIN S2. Antara yang boleh dibeli di bazar berkenaan adalah:
- Baju tradisional India lelaki dan wanita
- Dekorasi rumah
- Baju kanak-kanak
- Kain sari
- Alas meja
- Makanan-makanan India
- Kasut dan sandal
- Aksesori dan lain-lain





Bombay Bazaar ini merupakan kerjasama Taaka Lee Studio yang menghimpunkan peniaga kecil daripada komuniti India untuk memperkenalkan produk mereka kepada pelanggan MYDIN.
Kempen A Brighter Deepavali ini telah dilancarkan semalam (8 Oktober) oleh Timbalan Menteri Perpaduan Malaysia, Yuneswaran Ramaraj di MYDIN S2.

15 Rumah Kebajikan Akan Terima Sumbangan Bentuk Baucar Di Bawah Inisiatif MYDIN Prihatin
Menurut Pengarah Eksekutif MYDIN, Ahimmat Mydin, kempen ini merupakan usaha MYDIN untuk berkongsi kegembiraan Deepavali bersama golongan yang memerlukan.
Tambahnya, MYDIN berkolaborasi dengan stesen radio Raaga dan Minnal FM serta akhbar Makkal Osai bagi menjayakan inisiatif tersebut.
Menerusi kempen ini juga, MYDIN melalui inisiatif MYDIN Prihatin bersama rakan pembekal akan menyumbang sebanyak RM100,000 dalam bentuk baucar tunai dan barangan keperluan asas kepada 15 rumah kebajikan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
View this post on Instagram
Pengunjung Boleh Sumbang Barangan Keperluan Asas Di MYDIN Terpilih
Jelas Ahimmat Mydin berkata, orang ramai juga boleh menyumbang barangan keperluan asas menerusi bakul sumbangan yang disediakan di cawangan MYDIN terpilih sehingga 30 Oktober ini.
Inisiatif ini memberi peluang kepada peniaga kecil untuk mengembangkan perniagaan, selain memperkenalkan produk dan budaya komuniti India kepada masyarakat.



