Kolej MARA – Semakan Permohonan, Lokasi & Syarat Kelayakan

LocalBusiness & Finance
22 Sep 2025 • 11:46 AM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Kolej MARA (KM) ialah institusi pra-universiti di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang menawarkan program Asasi sebagai laluan ke pengajian Ijazah Sarjana Muda. Layari portal rasmi MARA di pautan berikut: www.mara.gov.my untuk memohon dan info terperinci.

Permohonan biasanya dibuka selepas keputusan SPM diumumkan dan dibuat secara dalam talian melalui sistem Hi-Edu MARA.

Semua yuran pengajian Asasi ditanggung sepenuhnya oleh MARA, manakala pelajar turut menerima elaun sara hidup serta kemudahan asrama.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang mengenai permohonan kemasukan ke Kolej MARA, program pengajian yang ditawarkan dan sebagainya.

BACA JUGA: Permohonan Kolej Profesional MARA 2025/2026 Sesi 3 (Nov)

Apa Itu Kolej MARA (KM)?

Kolej MARA (KM) adalah institusi di bawah Majlis Amanah Rakyat yang menawarkan program asasi/matrikulasi kepada pelajar Bumiputera untuk ke universiti awam, institusi pendidikan MARA (IPMA), dan juga universiti luar negara selepas tamat SPM.

Kolej MARA menawarkan program seperti Asasi Sains, Matrikulasi, International Baccalaureate (IB), dan A-Level sebagai laluan ke universiti tempatan atau luar negara.

Pelajar yang diterima masuk akan mengikuti pengajian sepenuh masa secara berasrama dengan yuran pengajian, penginapan dan elaun sara hidup yang ditanggung penuh oleh MARA.

Antara keistimewaannya ialah, pelajar juga mendapat makanan percuma sepanjang pengajian.

Kolej MARA hanya mengambil pelajar lepasan SPM dengan pencapaian cemerlang serta aktif kokurikulum dan menjalankan proses pemilihan yang kompetitif setiap tahun.

Kolej MARA jelas berbeza dengan Kolej Profesional MARA kerana fokusnya ialah asasi (Foundation) seperti Asasi Sains, Kejuruteraan dan Perniagaan, bukan diploma atau pengajian vokasional.

image is not available
Latar belakang Kolej MARA

Senarai Kampus Kolej MARA 2025

Berikut ialah empat kampus utama Kolej MARA (KM) di Malaysia:

  1. Kolej MARA Banting (KMB)
  2. Kolej MARA Seremban (KMS)
  3. Kolej MARA Kulim (KMK)
  4. Kolej MARA Kuala Nerang (KMKN)

Setiap kampus di atas menawarkan program asasi dan matrikulasi yang diiktiraf serta menyediakan kemudahan asrama, kemudahan pembelajaran moden, dan persekitaran yang kondusif bagi pelajar Bumiputera lepasan SPM seluruh Malaysia.

Senarai Program Ditawarkan

Program-program yang ditawarkan di Kolej MARA:

  • Program Diploma International Baccalaureate (IB) – Kolej MARA Banting (KMB)
  • Program Cambridge A-Level – Kolej MARA Seremban (KMS)
  • Program Asasi dan Pra-Universiti – Semua Kolej MARA

Senarai Program Asasi Kolej MARA 2025:

KampusProgram Asasi
Kolej MARA BantingAsasi Sains
Kolej MARA SerembanAsasi Sains
Kolej MARA KulimAsasi Sains
Kolej MARA Kuala NerangAsasi Sains, Asasi Perniagaan, Asasi Kejuruteraan & Teknologi

Syarat Kelayakan Kolej MARA 2025

Syarat kelayakan umum Program Asasi Kolej MARA adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia dan salah seorang ibu/bapa berstatus Bumiputera.
  • Menduduki SPM tahun semasa (contohnya: SPM 2024 untuk permohonan tahun 2025) buat kali pertama.
  • Aktif kokurikulum digalakkan untuk merit tambahan.
  • Bebas dari masalah kesihatan/mental dan lulus pemeriksaan kesihatan pegawai perubatan bertauliah.
  • Tidak menerima tajaan/bantuan lain pada peringkat yang sama.
  • Memenuhi syarat kelayakan program
  • Berumur 18 tahun
image is not available
Syarat Am Kemasukan Kolej MARA

Syarat Minimum Kelayakan Program Asasi adalah seperti berikut:

1. ASASI SAINS

image is not available
Syarat Kelayakan Asasi Sains KM

2. ASASI PERNIAGAAN

image is not available
Syarat Kelayakan Asasi Perniagaan KM

3. ASASI KEJURUTERAAN & TEKNOLOGI

image is not available
Syarat Kelayakan Asasi Kejuruteraan & Teknologi KM

Syarat Kelayakan Minima Program Diploma International Baccalaureate (IB) Kolej MARA Banting

1. IB Sains Hayat

  • Mendapat sekurang-kurangnya Gred A- dalam tujuh subjek berikut:
    1. Bahasa Inggeris
    2. Matematik Tambahan
    3. Biologi / Sains Komputer / Lukisan Kejuruteraan / Kejuruteraan Awam / Kejuruteraan Elektrik / Kejuruteraan Mekanikal / Reka Cipta
    4. Fizik
    5. Kimia
    6. Dua subjek lain.
  • Peluang melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang seperti Farmasi, Perubatan, dan Sains Hayat.

2. IB Sains Ikhtisas

Bidang pengajian lanjutan termasuk Actuarial Science, Economics, Finance, Banking, Investment, Fintech, dan Risk Management.

Mendapat sekurang-kurangnya Gred A- dalam tujuh subjek berikut:

  • Bahasa Inggeris
  • Matematik Tambahan
  • Lima (5) subjek lain yang relevan.

Syarat lain:

  • Pelajar mesti memenuhi keperluan aktiviti CAS (Creativity, Activity, Service).
  • Melengkapkan tugasan Extended Essay dan Theory of Knowledge (ToK).
  • Memenuhi piawaian minimum markah seperti yang ditetapkan.

Syarat Kelayakan Minima Program Cambridge A-Level Kolej MARA Banting & Kolej MARA Seremban

Kolej MARA Banting (KMB)

Mendapat sekurang-kurangnya Gred A- dalam tujuh (7) subjek penting berikut:

  • Bahasa Inggeris
  • Matematik Tambahan
  • Fizik
  • Kimia
  • Biologi / Sains Komputer / Lukisan Kejuruteraan / Kejuruteraan Awam / Kejuruteraan Elektrik / Kejuruteraan Mekanikal / Reka Cipta
  • Dua (2) subjek lain.

Kolej MARA Seremban (KMS)

Terdapat beberapa laluan pilihan Cambridge A-Level mengikut bidang:

  • A-Level Sains Kesihatan & Sains Tulen: Sekurang-kurangnya Gred A- dalam tujuh subjek berikut; Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan, Biologi, Fizik, Kimia, dan dua subjek lain
  • A-Level Kejuruteraan: Mendapat sekurang-kurangnya Gred A- dalam tujuh subjek berikut; Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan tiga subjek lain
  • A-Level Sains Ikhtisas– Mendapat sekurang-kurangnya Gred A- dalam tujuh subjek berikut; Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan dan lima subjek lain.

NOTA: Syarat kelayakan mungkin berubah mengikut tahun semasa.

Cara Mohon Kolej MARA

Permohonan dibuka pada bulan Mei hingga Jun setiap tahun. Sila lawati portal rasmi BPT di pautan berikut: https://hi-edu.my/ untuk maklumat lanjut.

1. Layari Portal Permohonan Rasmi
Permohonan dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi MARA di https://hi-edu.my/permohonan-km/  pada tempoh yang ditetapkan.

2. Daftar Akaun Pengguna Baru
Klik pada butang pendaftaran pengguna baru, kemudian lengkapkan maklumat peribadi termasuk nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat emel aktif serta tetapkan kata laluan untuk akaun anda.

3. Isikan Maklumat Permohonan
Lengkapkan maklumat akademik seperti keputusan SPM, pilihan kampus dan program asasi yang ingin dimohon (contoh: Kolej MARA Banting – Asasi Sains). Pastikan maklumat diisi dengan betul dan tepat.

4. Muat Naik Dokumen Sokongan
Muat naik salinan dokumen penting termasuk slip keputusan SPM, kad pengenalan dan sijil-sijil sokongan lain jika perlu.

5. Semak & Hantar Permohonan
Pastikan semua maklumat lengkap sebelum menghantar permohonan. Setelah hantar, cetak atau simpan Slip Pengesahan Permohonan sebagai bukti permohonan telah dibuat.

6. Semakan Status Permohonan
Keputusan akan diumumkan melalui portal yang sama menggunakan nombor kad pengenalan anda. Pemohon yang tidak berjaya boleh membuat rayuan secara dalam talian mengikut tarikh yang ditetapkan oleh MARA.

Laluan Ke Universiti (Selepas Asasi)

PROGRAM ASASI KOLEJ MARAUNIVERSITIPROGRAM IJAZAH YANG DITAWARKAN
Asasi PerniagaanUniversiti Kuala Lumpur (UNIKL)
Multimedia University (MMU)
Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
UCSI University
Taylor’s University
Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU)
*Diperkenalkan 2024 : Universiti Teknologi Petronas (UTP)
!!PENTING!!
Sila klik pautan dibawah untuk maklumat lanjut berkaitan program ijazah yang ditawarkan :
https://hi-edu.my/permohonan-km/
Kejuruteraan dan TeknologiUniversiti Teknologi Malaysia Al-Sultan Abdullah (UTM)
Universiti Malaysia Pahang (UMPSA)
Universiti Kuala Lumpur (UNIKL)
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Universiti Teknologi Petronas (UTP)
Multimedia University (MMU)
Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
Universiti Malaysia Pahang (UMP)
UCSI University
Taylor’s University
Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU)
Asasi SainsUniversiti Kuala Lumpur (UNIKL)
Management & Science University (MSU)
Malaysian Allied Health Sciences University (MAHSA)
UCSI University
Taylor’s University
Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU)

image is not available
Program & Universiti Ditawarkan

Program Cambridge A-Level di Kolej MARA Seremban

Program Cambridge A-Level di Kolej MARA, khususnya di Kolej MARA Seremban (KMS), adalah program akademik antarabangsa yang dikendalikan oleh University of Cambridge Assessment International Education (CAIE).

Program ini berterusan selama dua tahun, dibahagikan kepada dua tahap: AS Level pada tahun pertama dan A2 Level pada tahun kedua, yang lengkap membentuk kelayakan A-Level.

Terdapat tiga aliran akademik utama offered:

  • Kejuruteraan: Matematik, Fizik, Kimia
  • Sains: Matematik, Kimia, Biologi atau Fizik
  • Profesional Sains: Matematik, Ekonomi, Perakaunan

Selain subjek tersebut, pelajar juga diwajibkan mengambil subjek Bahasa Inggeris untuk pensijilan IELTS serta Pendidikan Islam/Moral.

Setiap pelajar mesti mengambil sekurang-kurangnya tiga subjek utama. Penilaian ialah berdasarkan skor titik dengan A memberikan 5 mata, untuk minimum kelayakan menuntut sekurang-kurangnya 9 hingga 13 mata bergantung kepada penajaan MARA dan permohonan universiti luar negara.

Program A-Level ini membuka peluang kepada pelajar untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di universiti terpilih khusus dalam bidang sains kesihatan, sains tulen, kejuruteraan, dan sains ikhtisas dengan kursus yang sesuai seperti biomedikal, kejuruteraan kimia, dan ekonomi.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk: https://kmseremban.edu.my/cambridge-a-level-2/

Program Diploma International Baccalaureate (IB) di Kolej MARA Banting

Program Diploma International Baccalaureate (IBDP) di Kolej MARA Banting adalah program pra-universiti yang ditawarkan selama dua tahun (4 semester).

Ia merupakan program penuh asrama di bawah pengurusan MARA. Kolej MARA Banting ialah salah satu IB World Schools yang terbesar dari segi pengambilan pelajar.

Pelajar mengikuti enam subjek dalam program ini yang terdiri daripada tiga subjek pada tahap Tinggi (Higher Level) dan tiga subjek pada tahap Standard (Standard Level).

Setiap subjek diukur berdasarkan skor maksimum 7 mata, dengan jumlah maksimum 42 mata.

Program ini membuka peluang bagi pelajar menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda dalam pelbagai bidang termasuk:

  • Sains Hayat dan Kesihatan (seperti Farmasi, Biomedikal, Biokimia, Bioteknologi, dan lain-lain),
  • Sains Komputer (seperti Sains Komputer, Kecerdasan Buatan, Keselamatan Siber, dan lain-lain),
  • Sains Ikhtisas (seperti Sains Aktuari, Ekonomi, Kewangan, dan Pengurusan Risiko).

Kolej MARA Banting turut mempunyai tenaga pengajar yang berkelayakan termasuk koordinator IB dan kakitangan sokongan untuk mengurus program ini.

Pelajar di sini juga mendapat tajaan daripada kerajaan Malaysia melalui MARA.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk: https://www.kmb.edu.my/

Kelebihan Belajar di Kolej MARA

1. Yuran Pengajian Percuma
Pelajar Kolej MARA tidak perlu membayar yuran pengajian sepanjang tempoh program asasi. Semua kos pembelajaran ditanggung penuh oleh MARA, membolehkan pelajar memberi tumpuan sepenuhnya tanpa tekanan kewangan.

2. Laluan Pantas ke Universiti
Pelajar Kolej MARA yang memenuhi syarat kemasukan program tertentu boleh diterima terus ke universiti awam tanpa menggunakan sistem merit UPU.

3. Elaun Sara Hidup
Pelajar juga layak menerima elaun sara hidup bulanan yang membantu menampung perbelanjaan harian seperti makanan, pengangkutan dan keperluan asas lain sepanjang tempoh pengajian.

4. Modul Akademik Berkualiti dengan Pengiktirafan
Program asasi di Kolej MARA diiktiraf oleh universiti awam dan swasta utama di Malaysia serta memenuhi piawaian Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Kurikulum disusun untuk menyediakan pelajar ke tahap persediaan universiti yang efektif.

5. Kemudahan Pembelajaran Lengkap
Kampus Kolej MARA dilengkapi makmal komputer, perpustakaan lengkap, kemudahan sukan, dewan kuliah dan fasiliti moden lain yang menyokong proses pengajaran dan pembelajaran serta pembangunan holistik pelajar.

6. Sokongan Pembangunan Sahsiah dan Kokurikulum
Selain akademik, pelajar bakal mendapatkan bimbingan kokurikulum dan pembangunan sahsiah melalui aktiviti kepimpinan, motivasi dan pendedahan industri yang disediakan MARA.

7. Peluang Biasiswa dan Pinjaman Pendidikan
MARA turut menawarkan pelbagai bantuan kewangan seperti pinjaman boleh ubah dan biasiswa kepada pelajar yang layak untuk membantu melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi selepas Kolej MARA.

image is not available
Keistimewaan Kolej MARA

Kemudahan Disediakan

1. Penginapan Asrama Percuma
Kolej MARA menyediakan kemudahan penginapan asrama yang lengkap dan selesa secara percuma untuk semua pelajar berasrama penuh. Ini membantu pelajar menjalani kehidupan kampus dengan lebih selesa dan fokus.

2. Elaun Sara Hidup
Pelajar layak menerima elaun sara hidup setiap bulan sebagai bantuan kewangan untuk menampung perbelanjaan harian seperti makanan dan pengangkutan. Elaun ini adalah percuma dan tidak perlu dibayar balik.

3. Penyediaan Makan Minum 5 Kali Sehari
Pelajar Program Asasi Kolej MARA mendapat kemudahan makan minum 5 kali sehari secara percuma di Dewan Selera kolej tanpa dikenakan bayaran tambahan sepanjang tempoh pengajian mereka. Ini merangkumi sarapan, makan tengah hari, minum petang, makan malam dan makan lewat malam jika ada sesi pembelajaran atau aktiviti luar waktu rasmi.

4. Tiket Penerbangan Bagi Pelajar Sabah & Sarawak
Bagi pelajar Sabah dan Sarawak, mereka layak mendapat bantuan tiket penerbangan sekali sepanjang pengajian.

image is not available
Kemudahan Disediakan

Beza KM dan KPM

Kolej MARA lebih menumpukan kepada persediaan pra-universiti dan pembinaan asas akademik untuk pelajar melanjutkan ijazah.

Manakala Kolej Profesional MARA menyediakan program kemahiran profesional dan diploma yang lebih teknikal untuk mempercepatkan ke arah kerjaya profesional dan industri.

Jika sasaran adalah ke universiti, KM adalah pilihan tepat. Tetapi jika mahu kemahiran profesional khusus dengan sijil diploma, KPM adalah lebih sesuai.

AspekKolej MARA (KM)Kolej Profesional MARA (KPM)
Fokus ProgramProgram pra-universiti dan asasi (foundation)Program diploma dan sijil kemahiran profesional
Kelayakan KemasukanLepasan SPM yang layak untuk program asasiLepasan diploma atau sijil kemahiran; ada program sijil profesion
Jenis ProgramAsasi Sains, Asasi Kejuruteraan, Asasi PerniagaanDiploma dalam bidang perakaunan, perniagaan, IT, pemasaran, digital media dan lain-lain
Tempoh PengajianBiasanya 1 tahun (program asasi)1 hingga 3 tahun bergantung pada program diploma
MatlamatPersiapan ke universiti untuk melanjutkan ijazahMenyediakan kemahiran profesional terus untuk memasuki industri atau sambung pelajaran
PengiktirafanDiiktiraf oleh universiti dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)Diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam, dan badan profesional tertentu
Kemudahan AsramaDisediakan untuk pelajar berasrama penuhDisediakan untuk pelajar berasrama penuh
Peluang Melanjutkan PengajianLaluan pantas ke universiti dalam pelbagai bidangPeluang sambung pengajian dalam bidang profesional dan diploma lanjutan
Sasaran PelajarCalon yang inginkan asas kukuh untuk pengajian universitiCalon yang ingin cepat memasuki pasaran kerja dengan kemahiran diploma
Contoh ProgramAsasi Perniagaan, Asasi Sains, Asasi KejuruteraanDiploma Perakaunan, Diploma Teknologi Maklumat, Diploma Pemasaran

Tarikh-Tarikh Penting

Buat calon yang memohon kemasukan ke 𝐊𝐨𝐥𝐞𝐣 𝐌𝐀𝐑𝐀 (𝐊𝐌) berikut adalah tarikh-tarikh penting yang perlu diberi perhatian setiap tahun:

image is not available 𝐏𝐞𝐫𝐦𝐨𝐡𝐨𝐧𝐚𝐧 Dibuka
image is not available  Sekitar bulan April-Mei

image is not available 𝐒𝐞𝐦𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐦𝐨𝐡𝐨𝐧𝐚𝐧
image is not available  Sekitar bulan Jun
image is not available Pengesahan Setuju Terima: Sekitar bulan Jun

image is not available 𝐒𝐞𝐦𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐲𝐮𝐚𝐧 𝐅𝐚𝐬𝐚 𝐈
image is not available Sekitar bulan Jun
image is not available Pengesahan Setuju Terima: Sekitar bulan Jun – Julai

image is not available 𝐒𝐞𝐦𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐲𝐮𝐚𝐧 𝐅𝐚𝐬𝐚 𝐈𝐈
image is not available Sekitar bulan Julai
image is not available Pengesahan Setuju Terima: Sekitar bulan Julai

image is not available 𝐓𝐚𝐫𝐢𝐤𝐡 𝐋𝐚𝐩𝐨𝐫 𝐃𝐢𝐫𝐢
image is not available Sekitar bulan Julai

NOTA: Calon disarankan supaya sentiasa mengikuti pengumuman rasmi di laman sesawang MARA https://hi-edu.my/ bagi memastikan maklumat terkini dan tidak terlepas tarikh penting sepanjang proses permohonan dan kemasukan.

Semakan Keputusan Permohonan dan Rayuan

Keputusan permohonan program Asasi ke Kolej MARA akan diumumkan melalui laman web rasmi Hi-Edu MARA di https://hi-edu.my/ pada tempoh yang ditetapkan. Sila cakna dengan informasi semasa.

Sebarang permohonan pertukaran program dan pertukaran kolej adalah TIDAK DIBENARKAN

Permohonan rayuan boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui Sistem Permohonan Unit Pusat Institusi MARA (SPUPIM) di laman web rasmi Hi-Edu MARA https://hi-edu.my/ biasanya selepasa keputusan diumumkan.

Semakan Keputusan Rayuan juga boleh disemak melalui pautan laman web rasmi Hi-Edu MARA https://hi-edu.my/ pada tempoh yang ditetapkan.

* Tertakluk kepada perubahan dan kekosongan penempatan

Maklumat Lanjut

Sila layari pautan di bawah untuk maklumat lanjut

*Untuk keterangan lanjut boleh hubungi 03-26134074 / 75 / 76 /77 /83 /84 /85

image is not available

SOALAN LAZIM KOLEJ MARA

Soalan Lazim Kolej MARA

Apa itu Kolej Mara?

Kolej MARA adalah institusi pengajian tinggi di bawah pengurusan Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang menyediakan pelbagai program pra-universiti dan pendidikan teknikal kepada pelajar Bumiputera di Malaysia. 

Apa syarat kemasukan Kolej MARA?

– Warganegara Malaysia.
– Berstatus Bumiputera (pemohon dan salah seorang ibu atau bapa).
– Berumur 18 tahun pada tahun kemasukan (calon SPM tahun semasa).
– Ibu atau bapa tidak disenarai hitam oleh MARA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh MARA.
– Tidak menerima bantuan kewangan atau tajaan daripada mana-mana agensi bagi pengajian pada peringkat yang sama.
– Lulus pemeriksaan kesihatan dan bebas daripada masalah kesihatan mental dengan pengesahan pegawai perubatan bertauliah.
– MARA juga mempertimbangkan pemohon berkeperluan khas dengan kemudahan terhad.

Bagaimana cara permohonan kemasukan ke program di Kolej MARA?

Permohonan dibuka secara dalam talian (online) melalui laman rasmi MARA di http://www.mara.gov.my dan juga laman Unit Pusat Institusi MARA (UPIM) di https://hi-edu.my.

Apakah program-program yang ditawarkan di Kolej MARA?

Program yang ditawarkan ialah Program Asasi (contoh: Asasi Kejuruteraan, Asasi Sains, Asasi Perniagaan), serta program pra-universiti seperti Cambridge A-Level (di KMS) dan International Baccalaureate Diploma (di Kolej MARA Banting).

Adakah pelajar mendapat bantuan kewangan?

MARA menyediakan Pinjaman Boleh Ubah bagi pelajar yang memenuhi syarat seperti PNGK minimum 3.00. Bantuan sara hidup dan subsidi lain turut diberikan bergantung kepada kelayakan.

Adakah pelajar diwajibkan tinggal di asrama?

Ya, pelajar dikehendaki tinggal di asrama. Penginapan, makan, dan kemudahan asas biasanya disediakan atau dibantu oleh MARA/

Adakah yuran pengajian ditanggung MARA?

Ya, yuran pengajian, makan, dan penginapan (jika tinggal di asrama) adalah ditanggung sepenuhnya oleh MARA. Pelajar hanya perlu membayar yuran pendaftaran dan lain-lain bayaran kecil.

Adakah pelajar boleh menuntut tambang penerbangan?

Pelajar dari Sabah, Sarawak, dan Labuan boleh menuntut tambang penerbangan pergi balik sekali sepanjang tempoh pengajian dengan syarat mengemukakan tiket asal.

Apakah tempoh pengajian program Asasi di Kolej MARA?

Program Asasi biasanya berlangsung selama 1 tahun (2 semester) meliputi bidang kejuruteraan, sains, dan perniagaan.

View Original Article