Koleksi Hot Wheels Formula 1 Didedahkan – Diecast Realistik & Set Litar Canggih

GamingCars
28 Jan 2025 • 11:15 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Mattel Inc. telah melancarkan koleksi diecast dan set permainan Hot Wheels baharu yang bertemakan Formula 1 (F1) untuk tahun 2025. Koleksi Hot Wheels Formula 1 yang pertama kali diperkenalkan tahun lalu hasil kerjasama jangka panjang jenama tersebut dengan F1 telah menarik perhatian ramai peminat di seluruh dunia.

Replika F1 Dalam Skala 1:64

image is not available

Menjelang Pameran Mainan Antarabangsa Nuremberg, koleksi baharu ini mengetengahkan model diecast skala 1:64 yang mewakili lapan daripada sepuluh pasukan F1. Model-model ini ditawarkan dalam pek satu unit atau lima unit, dan juga versi premium dengan perincian lebih eksklusif.

Model standard direka khas untuk digunakan pada trek oren ikonik Hot Wheels, manakala versi premium menawarkan ciri seperti badan logam, livery pasukan yang asli dan tayar Pirelli yang realistik.

image is not available

Berikut adalah senarai harga untuk koleksi diecast yang ditawarkan:

Hot Wheels F1 Singles (US$1.25/~RM5.50)Antara pasukan ikonik yang hadir dalam bentuk replika satu unit adalah termasuk Oracle Red Bull Racing, Mercedes-AMG Petronas Formula One Team dan Williams Racing. 5-Pack Assortment (US$6.25/~RM27)Replika dalam pek lima unit pula mengandungi model tambahan daripada pasukan seperti McLaren, Alpine, Haas, Red Bull dan Sauber.Premium Series (US$7.99/~RM35)Versi premium menawarkan badan dan casis logam sepenuhnya, tayar Real Riders dan perincian yang menyamai kereta F1 sebenar. Model ini turut dilengkapi tapak (plinth) untuk mempamerkan jentera dan pembungkusan eksklusif, sesuai untuk pengumpul tegar.

Set Litar Untuk ‘Aksi Perlumbaan’ Di Rumah

image is not available

Selain model kereta, turut ditawarkan dalam koleksi ini ialah set permainan Hot Wheels F1 Sprint & Grand Prix Race Circuit. Set ini dilengkapi dengan pemacu atau booster pedal gas dan manual DRS diverter yang membolehkan peminat mensimulasikan aksi memotong serta ‘drama’ perlumbaan sebenar.

Berikut adalah senarai harga set litar yang akan dilancarkan pada Ogos 2025:

Sprint Race Circuit (US$39.99/~RM175)Dilengkapi pemacu pedal gas, pengira pusingan dan inner track diversion.Grand Prix Race Circuit (US$74.99/~RM328)Menawarkan ciri lebih canggih seperti three-lane booster, manual DRS diverters dan pengira sehingga 25 pusingan.

Koleksi Hot Wheels F1 Kini Di Pasaran

Koleksi Hot Wheels Formula 1 ini akan mula dipasarkan di peruncit terpilih tahun ini. Walau bagaimanapun, buat masa ini, koleksi ini masih belum disenaraikan di laman web Mattel Malaysia. Untuk melihat koleksi penuh, layari www.hotwheels.com/formula1.