Koleksi Musim Bunga/Panas 2025 Larrie inspirasi fesyen K-Pop

Women's FashionSales & Promo
27 Nov 2024 • 2:18 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

LARRIE, baru-baru ini memperkenal koleksi terbaharu musim bunga/panas 2025 bertemakan Retro Vibes: Revaging Classics with a Modern Spin.Diinspirasikan dari dunia K-Pop, koleksi itu tampil dengan kepelbagaian warna, kreativiti dan gaya terkini.

Koleksi Larrie for him mengangkat gaya sukan yang kasual dengan sentuhan retro. Kasut sukan bertali didatangkan dalam kulit tiruan dengan warna retro yang menarik seperti coklat gelap, merah terang dan biru kobalt. Sementara kasut loafers yang dibuatkan dari kulit tiruan dikemaskan lagi dengan ciri yang unik dan klasik tersedia dalam warna yang berani seperti biru elektrik, kelabu bandar, coklat perang dan hijau zaitun.

image is not available

Bertemakan semangat wanita moden Seoul dan gaya berani selebriti K-Pop, koleksi Larrie for her bercirikan gaya klasik yang selesa dalam warna yang menarik dan pelbagai. Kasut sarung, kasut wedges dan sandal terbuka dengan tapak yang tebal didatangkan dengan warna klasik seperti ungu, putih dan kelabu arang.

image is not available

Koleksi terbaru Larrie ini boleh didapati di semua pusat membeli belah utama seluruh negara dan dalam talian di larrieconceptstore.com dan larrieshoes.com. Kedai rasmi Larrie juga boleh didapati di Shopee, Lazada dan Zalora.