“Komen Korang Terlalu Jahil..” – Dikecam ‘Singgah’ Makkah Untuk Beli Minyak Wangi, Ryzal Ibrahim Kesal Netizen Malas Membaca

23 May 2024 • 4:05 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, personaliti media sosial Ryzal Ibrahim tampil membidas semula netizen yang mempertikai videonya ketika singgah ke Makkah untuk membeli minyak wangi namun tidak sempat melakukan ibadah umrah.

Ramai jahil pengetahuan

Kata Ryzal menerusi Instagram story, dia mendakwa masih ramai dalam kalangan netizen yang malas untuk membaca dan mencari tahu sebelum mengecam terutamanya jika hal tersebut menyentuh soal agama.

Ramai juga yang jahil pengetahuan agama dalam ruangan komen saya ke Makkah rupanya. Ustaz dah siap bagi hukum masuk Makkah pun dia tak baca, malah, buat hukum sendiri.

 

Maafkan saya kasar sikit, tapi komen korang terlalu jahil sampai nak baca ilmu pun malas.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ryzal Ibrahim (@ryzalibrhm)

Sering bergaduh sesama sendiri

Dalam pada itu, pempengaruh ini juga meluahkan rasa kesal dengan tindakan segelintir pengguna media sosial yang sering menuduh tanpa selidik lalu menimbulkan salah faham dan pergaduhan.

Dengan gaya pemikiran masyarakat kita macam ni, macam mana nak lawan musuh Islam? Dia gelak je tengok orang Islam bergaduh sesama sendiri.

image is not available

Sebelum ini, Ryzal memuat naik sebuah video meluahkan rasa kecewa apabila tidak berkesempatan untuk menunaikan umrah ketika singgah di Tanah Suci. Difahamkan, dia berada di Makkah bertujuan untuk mencari minyak wangi ketika transit di Jeddah sebelum meneruskan penerbangan ke Kuala Lumpur dari London.

image is not available 4 days ago

"Saya Tak Suka Showing Off.." - Enggan Tayang Sumbangan, Maryam You Semak Jenama Sebelum Kerjasama