Komen ‘Type C’: Darsa Fried Chicken tubuh pasukan profesional kendali media sosial

10 May 2024 • 12:45 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Restoran makanan segera, Darsa Fried Chicken (DFC) mengambil tindakan tegas dengan menukar ke jabatan lain dan tidak terlibat dalam media sosial lagi susulan penggunaan perkataan ‘Type C’ dalam komen maklum balas terhadap pelanggan baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif DFC, Mohamad Faiz Zuhdi Azahar berkata, restoran berkenaan turut melantik satu pasukan dalam kalangan mereka yang profesional bagi menguruskan media sosial serta pemantauan ketat akan dilakukan ke atas setiap hantaran.

“Kita mengambil tindakan tegas pada admin tersebut, ditukar ke bahagian lain. Tindakannya sebelum ini tidak cerminkan pandangan pada DFC.

“Saya percaya pada pihak pengurusan dan apa yang berlaku hari itu adalah sesuatu yang tidak dijangka hingga ia meletup.

“Kami dalam keadaan tidak bersedia pada hari itu kerana pihak pengurusan lebih memfokus kepada mengembangkan syarikat,’’ katanya pada sidang media di restoran berkenaan di Bukit Jelutong, hari ini.

Isu ‘Type C’ menjadi panas di media sosial selepas admin di Facebook Darsa Fried Chicken Official menggunakan perkataan tersebut ketika menjawab komen seorang netizen yang berharap restoran makanan segera itu menyemak semula kadar harga hidangannya.

Ia dikatakan mahal berbanding restoran makanan segera yang lain.

Pada Selasa lalu, DFC dalam satu kenyataan memohon maaf di atas insiden tersebut.

Komen itu dianggap rasis kerana netizen menyifatkan restoran tersebut cuba bermain dengan isu perkauman.

Ia juga menyebabkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rawang, Chua Wei Kiat yang baru bercadang untuk mencuba ayam goreng di restoran tersebut tertanya-tanya mengenai istilah ‘Type C’ itu.

“Baru fikir nak cari masa untuk pergi cuba kedai ayam goreng lokal kerana lokasi berhampiran Rawang dan semangat nak support lokal.

“Tetapi.. sekarang muncul pula soal "type C". Apa maksud “type C”?,’’ tulis Wei Kiat dalam Facebooknya.

Mengulas lanjut, Mohamad Faiz berkata, pihaknya memohon maaf dan sedia bekerjasama dengan semua pihak termasuk polis. - 10 Mei, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved