‘Komited  kurangkan kadar kemiskinan tegar di Sabah’

18 Mar 2024 • 1:21 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Tuaran: Kerajaan negeri komited dalam mengurangkan kadar kemiskinan tegar di negeri ini, Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor memberi jaminan.

Beliau berkata, pelbagai inisiatif dilakukan bagi membantu rakyat keluar dari belenggu kemiskinan.

“Perkara ini menjadi perjuangan yang perlu diutamakan kerajaan negeri dengan mengenal pasti rakyat yang berada pada paras miskin tegar untuk dibantu.

“Antara inisiatif yang dilakukan termasuklah pembinaan 1,500 unit rumah setahun untuk diserahkan kepada mereka sebagai tempat kediaman.

SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more “Selain itu, kerajaan negeri turut memberi modal membantu mereka membuka perniagaan kecil-kecilan sebagai inisiatif menjana pendapatan.

“Kerajaan negeri turut berusaha memberikan mereka peluang pekerjaan dengan mengarahkan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) atau pelabur baharu yang datang ke Sabah agar menyediakan peluang kerja, termasuk ahli-ahli dari senarai e-Kasih,” katanya.

Beliau ditemui media sempena Majlis Berbuka Puasa bersama Ketua Menteri Sabah anjuran Gagasan Rakyat Sabah di Pusat Kebudayaan Rumpun Bajausama, Kg Lok Batik, Sabtu.

Terdahulu ketika mempengerusikan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa GRS Bahagian Sulaman, Hajiji menggesa agar pemimpin akar umbi sentiasa bersatu dalam melaksanakan perjuangan mereka.

“Saya mahu semua pimpinan akar umbi dan ketua-ketua cawangan agar mengukuhkan perpaduan dan bersatu hati membantu rakyat.

“Seperti kemarau ketika ini, saya akan memastikan agar pemimpin di peringkat akar umbi turun padang membantu dan melaporkan sekiranya terdapat kawasan tanpa bekalan air kepada pegawai daerah dan jabatan bertanggungjawab bagi mencari penyelesaian,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.