
KERAJAAN Negeri sentiasa komited menyokong pembangunan industri seni kreatif tempatan, terutamanya dalam sektor perfileman.
Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Negeri Datuk Phoong Jin Zhe berkata Sabah mempunyai ramai bakat seni yang berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.
Advertisement“Tidak dinafikan bukan senang untuk membangunkan industri seni kreatif di negeri ini.
“Tetapi kita nampak di Sabah begitu ramai TikToker, YouTuber yang dikenali. Sekiranya kita kumpulkan semua usaha, dari pihak kerajaan mahu pun pemain industri, kita boleh bangunkan industri seni kreatif ini.
SPONSORED CONTENT Shell Sabah Deepwater Production Manager Earns Unsung Hero Award Daily Express had the opportunity to interview Musti whose story reflects the power of determination and resilience. Read more “Kerajaan sudah banyak membantu dan berhasrat untuk terus memberikan sokongan kepada industri ini untuk melahirkan lebih ramai pengarah filem tempatan yang kreatif dan pelakon yang berbakat.
“Kita juga mahu melihat lebih ramai bakat kita yang mengambil bahagian dalam sektor ini,” katanya semasa pelancaran tayangan perdana filem Mandarin tempatan, 8Bucks Tycoon di pusat beli-belah Imago, Kota Kinabalu hujung minggu lalu.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Menurutnya lagi, keindahan alam semula jadi di negeri ini juga boleh dipromosikan menerusi filem.
“Di Sabah, kita mempunyai pemandangan yang cukup indah dan disanjungi oleh pelancong-pelancong dari seluruh dunia, seperti pemandangan matahari terbenam yang paling cantik di dunia, syurga menyelam di Semporna dan Gunung Kinabalu. ANTARA babak dalam filem 8Bucks Tycoon.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Saya percaya dengan kreativiti pemain industri kita, semua ini keindahan ini boleh ditunjukkan kepada dunia menerusi filem kita,” katanya.
Mengenai naskhah arahan pengarah tempatan Katak Chua itu, Phoong percaya filem Sabah mampu diterima bukan saja oleh penonton tempatan tetapi juga di seluruh negara dan antarabangsa.
“Pengarah filem ini, Katak telah bekerja keras untuk membangunkan industri filem Sabah.
“Walaupun filem ini dalam bahasa Mandarin, ia turut disertakan sarikata dalam Bahasa Inggeris dan Melayu, sekali gus membolehkan penonton menikmati kreativiti pemain industri Sabah,” katanya.
Mengucapkan tahniah atas tayangan perdana 8Bucks Tycoon, Menteri itu turut menyeru orang ramai untuk menonton filem terbabit di pawagam.
“Saya harap penonton dari Sabah mahu pun seluruh Malaysia dapat memberikan sokongan penuh kepada filem tempatan kita, khususnya 8Bucks Tycoon,” katanya.
Mempertaruhkan genre komedi, 8Bucks Tycoon, mengisahkan seorang bekas pelukis yang bergelut dalam kehidupan, namun secara kebetulan memperoleh dompet ajaib.
Dia berubah daripada hidup dalam kesempitan kepada menjadi kaya dalam sekelip mata, lalu melangkah ke dunia kemewahan yang penuh dengan kekayaan.
8Bucks Tycoon, yang berdurasi 1 jam 46 minit, dibintangi oleh bakat-bakat tempatan termasuk Henley Hii, Joey Leong, Eric Chen dan Gadrick Chin.
Filem yang menjalani penggambaran di sekitar Kota Kinabalu ini bakal menjengah pawagam di seluruh negara bermula 2 Januari, 2025.




