
Kota Kinabalu: Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata pihak kementerian sentiasa prihatin dan komited dalam usaha membantu golongan sasar yang terjejas akibat kemerosotan ekonomi semasa.
“Di bawah kementerian, kita ada sebuah program yang dikenali sebagai Program Makmur, yang mana kita mengenalpasti klien yang berada di kawasan luar bandar dan kumpulan sasar B40 yang terjejas kerana peningkatan kos barang-barang yang ada ketika ini.
“Kita beri mereka bantuan bakul makanan termasuk warga emas, ibu tunggal, kanak-kanak dan golongan yang terkesan dengan masalah ekonomi.
